Calon Pakatan Harapan (PH)
untuk DUN Kelebang, Gue Teck mengingatkan calon BN, Datuk Lim Ban Hong agar
bertanya kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkenaan projek
perumahan rakyat (PPR) yang terbengkalai di DUN itu serta tidak menyalahkan kerajaan
PH di atas perkara berkenaan.
"Berkenaan Datuk Lim
mengatakan rumah PPR adalah kesalahan atau kesilapan kerajaan PH, saya beri
sedikit hujah
"Faktanya projek PPR
Kelebang ini dijalankan semasa BN berkuasa pada 2016 dan disambung pula pada
2018 oleh PH
"Sebelum PH diambil alih
oleh PN ia ditangguh selama 6 bulan. Tetapi selepas PN ambil alih sampai
sekarang hampir 20 bulan tiada apa-apa tindakan berlaku kepada projek ini.
"Saya menyeru pihak MCA
beritahu penduduk di Kelebang kenapa projek ini terbengkalai semasa
pemerintahan PN. Kementerian Perumahan yang bertanggungjawab dan menterinya
dari BN, YB Reezal Merican, Ahli Parlimen Kepala Batas.
"Saya harap Datuk Lim
boleh tanya menteri BN dan jangan salahkan PH. Ini projek Persekutuan dan bukan
projek negeri," katanya dalam sidang media, tengah hari tadi.
Sidang media itu juga, menurut
Gue Teck, untuk mengumumkan pelancaran kempen stiker PH di motorsikal
Katanya, kempen itu adalah
untuk menyampaikan mesej kepada pengundi yang tidak boleh dilakukan seperti
biasa kerana larangan berceramah yang dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR).
Berkenaan pertanyaan pengundi
mengenai Prosedur Operasi Piawai (SOP) keluar mengundi yang ketat, Gue Teck
menasihatkan mereka agar tidak khuatir kerana SPR telah bersedia menguruskan
pengundi pengundi pada 20 November ini.
"Baru-baru ini terdapat
banyak panggilan telefon dari orang ramai berkenaan hari menundi. Mereka
bimbang dengan pandemik yang melanda Melaka masih belum reda, maka kita bimbang
peratusan mengundi tidak tinggi berbanding PRU.
"Pada masa sama banyak
pengundi Melaka yang bekerja di Singapura tidak dapat balik menundi. Maka
sekiranya orang tempatan juga tak ambil berat maka memang akan menjejaskan
peratusan mengundi.
"Kita juga difahamkan SPR
mengambil berat (SOP) hal ini. SPR juga mengambil langlah sepatutnya, di mana
jika pengundi bersuhu 37.5 atau ada selsema dan batuk-batuk mereka akan
diasingkan ke bilik khas mengundi.
"Kedua, kalau kita buat
carian di google kita boleh dapat masa mengundi digalakkan SPR pada pukul 10
hingga 12 tetapi bukan bermaksa selepas itu tidak boleh mengundi. Itu adalah
masa terbaikyang disyorkan
"Saya juga difahamkan
semua pengundi diberi sarung tangan untuk jaga keselamatan. Maka saya menyeru
orang ramai agar keluar mengundi beramai-ramai," katanya lagi
Pada sidang media yang
dipengerusikan oleh ADUN Simpang Pulai, Tan Kar Hing itu juga diperkenalkan
seorang anak muda Young Jie Yu (gambar, kanan) yang bekerja di Singapura dan mengambil keputusan untuk bercuti
agak panjang demi tidak terlepas peluang mengundi yang menentukan masa depan
Melaka.
Young menyeru anak rantau
Melaka yang bekerja di luar negeri agar pulang pada 20 November menunaikan tanggungjawab
masing masing.