Oleh MOHD SAYUTI OMAR / November
16, 2021
Bekas Tuan Yang Dipertua
Melaka Khalil Yaacob hadir di suatu majlis yang turut ada sama calon Pakatan
Harapan (PH) di Tanjung Dahan Kuala Linggi disifatkan sebagai suatu yang
positif buat PH oleh Presiden AMANAH, Mohamad Sabu.
Katanya, kebersamaan
Khalil itu membawa perkembangan positif dan memberi peluang cerah untuk Adly
Zahari menjadi Ketua Menteri.
Ya, agak sedikit pelik
dengan telatah bekas Menteri Besar Pahang dan pemimpin veteran Umno itu. Apakah
yang beliau hendak pamerkan dengan keberadaanya di majlis PH itu?
Apakah ia merupakan isyarat
Khalil yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu meminta rakyat
Melaka memberi peluang kepada PH untuk memerintah Melaka sekali lagi bagi
meneruskan agenda kerajaanya yang ditumbangkan oleh PN dan BN?
Sebagai
rekod, semasa Adly menjadi Ketua Menteri Melaka tempoh hari beliau mengangkat
sumpah memegang jawatan di hadapan Khalil Yaacob yang menjadi TYT.
Mungkin
Khalil dapat merasakan keberkesanan Adly Ketua Menteri tempoh hari.