Oleh LIM KIT SIANG / October
22, 2021
Khairy Jamaluddin perlu
menjelaskan mengapa dalam 53 hari sejak beliau mengangkat sumpah sebagai
Menteri Kesihatan yang baharu pada 30 Ogos, Malaysia mempunyai jumlah jangkitan
dan korban Covid-19 lebih tinggi berbanding Indonesia?
Pada 30 Ogos, jumlah keseluruhan
kes Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,725,357. Semalam, angka itu
meningkat sebanyak 688,235 kes kepada 2,413,592 kes.
Pada 30 Ogos, jumlah
keseluruhan kes Covid-19 di Indonesia pula adalah sebanyak 4,079,267 kes.
Semalam, angka itu meningkat sebanyak 158,567 kes kepada 4,237,832 kes.
Khairy harus diingatkan bahawa
tidak cukup hanya sekadar menjadi menteri Kesihatan yang lebih baik berbanding
pendahulunya, namun beliau juga perlu memastikan Malaysia tidak menunjukkan
prestasi terburuk dalam menguruskan wabak Covid-19 di rantau ASEAN.
Menjadi
kebimbangan semua rakyat Malaysia bahawa negara kita masih tidak mampu untuk
menurunkan jumlah kes harian baharu Covid-19 ke bawah paras 5,000 untuk tempoh
19 hari sejak angka kes menurun ke paras julat empat angka pada 3 Oktober,
sementara Indonesia telah mencatatkan jumlah kes harian baharu Covid-19 pada
paras julat tiga selama tujuh hari berturut-turut.
Semalam,
Malaysia merekodkan 6,210 kes baharu Covid-19 dengan 96 kematian (termasuk 21
kematian di luar facility (BID)).
Sementara
Indonesia merekodkan 633 kes baharu Covid-19 dengan 42 kematian — satu pertiga
kes baharu Covid-19 di Malaysia dan 45% daripada kematian harian baharu akibat
Covid-19 di Malaysia, sedangkan jumlah penduduk Indonesia adalah lapan ganda
lebih ramai berbanding Malaysia!
Adakah
sistem kesihatan awam Malaysia begitu teruk dan menyedihkan jika dibandingkan dengan
Indonesia Adakah Khairy tidak mempunyai sebarang penjelasan mengenai perkara
ini?