Bayangkan kalau Enakmen Jenayah Syariah Kelantan tu kekal...
Katakanlah ada seorang lelaki bernama Azmin (bukan nama sebenar) telah meliwat di Kelantan. Kemudian cerita dia kecoh. Tersebar video, contohnya. Ataupun pasangannya mengaku. Contoh la.
Liwat itu merupakan jenayah sivil dan juga jenayah syariah di Kelantan. Bermakna Azmin boleh didakwa di Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah Kelantan.
Disebabkan rahsia dah terbongkar, Azmin berpendapat lebih baik dia serah diri. Jadi dia pun menyerah diri di Pejabat Agama Kelantan, bukan di Balai Polis.
Kenapa?
Sebab kalau dia didakwa di mahkamah sivil, dia boleh dikenakan hukuman penjara hingga 20 tahun. Tapi jika dia didakwa di Mahkamah Syariah Kelantan, hukuman baru 3 tahun penjara, 6 sebaran dan denda RM5,000.
Bab sebat tu memang sakit tapi at least ada diskaun hukuman penjara. Dekat 90% tu.
Dan lepas didakwa di Mahkamah Syariah, dia tak lagi boleh didakwa di mahkamah sivil. Sebab seseorang individu itu tak boleh didakwa di 2 mahkamah yang berasingan atas kesalahan yang sama. Untung tak?
Tadi aku baca komen, jadi aku terfikir. Mungkinkah diskaun hukuman penjara ni sebagai satu daya tarikan buat pelancong? Entahlah.
Itu kesan dari pertindihan. Apa lagi bila pertindihan itu hukumannya jauh berbeza. Jadi pesalah boleh pilih pulak nak kena dakwa di mana. Dapatkah keadilan ditegakkan kalau begitu?
Apa pun, nama dalam posting ini hanyalah sebagai contoh. Tak ada kena mengena dengan sesiapa pun. Guane boh?
Raja Gelap II
.