Rasa kelakar bila aku baca komen walaun cabar DS Anwar dan Kerajaan Perpaduan laksanakan hudud. Buat kalau beriman, katanya.
PMX mengemudi pentadbiran negara cuma baru 15 bulan je lebih kurang, nak dibandingkan dengan PAS yang duduk dalam kerajaan selama 33 bulan. Kenapa tak tanya PAS? Lebai dulu, jangankan buat, usaha pun langsung tak ada.
Lagipun yang main isu hudud ni PAS. PMX tak pernah pun kata nak buat hudud. Yang PMX selalu sebut nak hapuskan rasuah. Dan itulah yang sedang giat beliau buat sekarang ni. Masalahnya PAS. Hudud ke laut, RUU355 ke longkang.
Mudah kerja walaun ni. Lebai buat janji, dia tuntut DS Anwar tunaikan. Sebelum ni janji hapus PTPTN. Yang gatal janji tu Tuan Ibharim, yang disuruh tunaikan, PH pulak. Dah lebai buat apa kerjanya? Setakat makan gaji buta je? Senang hidup!
Bila walaun tu sentuh bab iman, aku pun tanya la kat dia, Hadi Awang, Tuan Ibharim, Mahiaddin dan semua pemimpin PN tu tak beriman ke sebab masa berkuasa dulu tak laksanakan hudud? Dia boleh kata aku spin pulak. Spin celah mana?
Lantak la walaun. Memang kalau walaun cerdik itu dah jadi keajaiban dunia ke-8. Sesuatu yang agak mustahil berlaku. Sebab tu aku jarang layan walaun. Sesekali je kalau rasa nak berhibur baru aku layan. Tengok Upin & Ipin lebih berfaedah dari layan walaun. Serius! Guane boh?
Raja Gelap II
.