BELLA & PENDAKWARAYA


1. Demam kes Bella tak habis2 lagi. Walaupun hakim dah sound jangan komen berlebihan, masih lagi ada yang palatao nak bagi pandangan 2-3 butir mengenai kes. Sampaikan Pendakwaraya (TPR ) pun kena tohmahan.

2. Ramai rakan TPR saya yang terkesan. Ada posting2 yang menidakkan keupayaan mereka dan sampai ada yang fitnah mereka ambil rasuah. Disebabkan mereka penjawat awam, mereka tidak boleh bersuara atau bela diri. Ada yang minta saya tolong ulas dengan gunakan platform ini.

3. Saya taknak ulas mengenai fakta kes kerana boleh jadi subjudis. Cumanya, saya terpanggil nak beri penjelasan mengenai isu Pendakwaraya yang dibangkitkan.

Ada 3 benda yang jadi viral di kalangan netizen.

S1: Kenapa tak dakwa atas kesalahan kes dera, kenapa hanya kes penganiayaan dan pengabaian bawah Akta Kanak2?

J: Tuan puan, tiada seksyen lain bawah undang2 untuk kes DERA kanak2. Sememangnya kes dera kanak2 didakwa bawah Seksyen 31 Akta Kanak2, dan itu yang dilakukan untuk kes Bella. Boleh tengok semua kes dera kanak2 sebelum ni dalam dada akhbar. Semuanya seksyen yang sama. Lainlah kalau melibatkan kematian. Itu seksyen lain pula.

Dera tu bahasa media, bahasa kita. Bahasa undang2 nya:

“Pengabaian/ penganiayaan terhadap kanak2 sehingga mendatangkan kecederaan fizikal atau mental”.

Haaaa…. Itu dia. Punya panjang.

Makanya, janganlah dikecam TPR tidak pandai buat kerja. Walhal kita pun kurang membaca.

***************************************************

S2: Kenapa TPR lemau je, tak bantah soalan Peguambela pada saksi?

J: Keluarkan bantahan ketika soal balas ni ada seni dan aturannya. Bukannya semua boleh kita bantah. Biasanya, soalan2 yang tak relevan dengan kes atau soalan2 leading, itu boleh dibantah. Selain dari tu, takut TPR pulak kena jerkah dengan Hakim sebab ganggu proses Mahkamah.

Kalau setakat Peguambela berpusing2, bukan boleh kita bantah. Yang paling penting, saksi kita steady menjawab. Kalau tak tahu, cakap tak tahu. Memang kerja Peguambela nak bagi keliru.

Bagusnya bila Peguambela macam tu, dan saksi kita steady, Mahkamah akan nampak kredibiliti saksi. Pusing lagu mana pun, jawapan konsisten. Dengan itu, keterangan beliau lebih senang diterima sebagai bukti.

Makanya, jangan lah semborono kata TPR tak buat kerja.

Saya nak share sikit cerita. Dalam dunia peguam ni, Peguambela yang paling legend ialah Mendiang Karpal Singh. Tanya la peguam mana2. Nama dia mmg teratas buat kes jenayah. Dulu kes jenayah high profile, semua dia sapu. Berlambak kes yang dia menang.

Dia menang bukan sebab dia dok bantah sana bantah sini, jerkah2 saksi. Dia antara peguam senior yang paling rilex dalam mahkamah. Dengan peguam junior pun dia hormat.

Strategi dia dalam court, hanya pilih 2-3 points. Itu yang beliau taruk. Selebihnya beliau banyak diam.

Seorang peguam yang baik, bukan semata2 pandai “bark”. But he picks where to “bite”.

Itu seni kepengguaman yang sebenar…

Makanya, kita yang tak tahu menahu ni jangan lah senang2 kata pendakwa tak pandai buat kerja.

*********************************************

S3: TPR lemau, ni mesti sebab ambil rasuah!

J: Adoiii aiiiii… jangan la bulan baik hari baik ni, kita senang2 tabur fitnah. Ya saya memang setuju, satu tandan pisang bukan semuanya baik, ada yang busuk.

Tapi nak terus judge orang lain ambil rasuah, hanya kerana dia ada taktik dan seni buat kerja, saya rasa sangat dangkal punya perangai.

Kes pun tak habis lagi, tak tentu lagi Siti Bainun menang. Perlu ke sekarang nak kena cakap TPR terima rasuah? Description: 😔

Nak kecoh2 dan tabur fitnah pada Mahkamah dan pendakwa pun, bukannya membantu. Malah boleh mengeruhkan keadaan.

4. Makanya, biar lah mereka yang pakar dalam bidang buat kerja... Tengok kes tu chill2 sudah….

5. Teruskan berdoa untuk #Justice4Bella

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 


No comments: