KEH..KEH..KEH...AWAT BUAT TERKEJUT..BIASA LA LAM UMNO BENDA TAK ADA KADANG KADANG ADA...PERCAYA KA MUKA MUKA NI BOLEH TERAJUI NEGARA DAN ELABUR NAK MASUK ???

 

Ismail presiden Umno? PRU belum, mana datang senarai baharu, kata Ahmad Maslan



Poster saf kepimpinan Umno yang didakwa akan berlaku selepas pemilihan parti itu mula tersebar dan mendapat perhatian setiausaha agung parti Ahmad Maslan.

PETALING JAYA: “PRU belum, pemilihan belum, mana datang senarai baharu?” itu maklum balas Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berhubung satu poster senarai kepimpinan baharu parti itu tersebar di media sosial.

Senarai yang dinamakan “saf kepimpinan Umno selepas pemilihan” antaranya menamakan Ismail Sabri Yaakob sebagai presiden.

“Pilihan raya pun belum, pemilihan pun belum macam mana sudah ada kepastian,” katanya kepada FMT.

Poster itu dimuat naik pengguna Twitter, @RajamohdShahrim atau Buletin RMS.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Antara pemimpin Umno yang terpapar dalam senarai itu antaranya Annuar Musa sebagai timbalan presiden, Hishammuddin Hussein, Mahdzir Khalid dan Khairy Jamaluddin sebagai naib presiden.

Turut berada dalam senarai itu Shahril Hamdan sebagai ketua Pemuda, Mastura Yazid (ketua Wanita) dan Nurul Amal Mohd Fauzi (ketua Puteri).

Manakala, bagi setiausaha agung, Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim dinamakan menjawat jawatan itu, ketua penerangan pula adalah Noh Omar dan bendahari Umno Tajuddin Abdul Rahman.