BERBOHONG DAN LANGGAR KETETAPAN PAU, AHLI2 UMNO PATUT MALU TERUS BERKETUAKAN ZAHID HAMIDI

 

Pendedahan Tajuddin Abdul Rahman yang mengesahkan adanya usaha yang digerakkan oleh Ahmad Zahid Hamidi untuk meraih sokongan Ahli-Ahli Parlimen UMNO bagi menyokong Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri serta kewujudan Akuan Bersumpah atau SD yang dihantar ke Istana Negara sekurang-kurangnya membuktikan tiga fakta yang nyata.

Pertama, ini menunjukkan pengakuan Anwar sebelum ini bahawa beliau mempunyai sokongan kukuh dan meyakinkan untuk mengambil alih teraju pentadbiran negara bukanlah suatu dongengan, sebaliknya hakikat sahih yang membuktikan antara pendokongnya ialah Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO sendiri.

Kedua, usaha yang Zahid Hamidi lakukan beserta bukti SD yang disahkan oleh saksi hidup iaitu Tajuddin dan kemudian diperkukuhkan lagi melalui kenyataan Nazri Aziz yang menyebut beliau adalah antara beberapa Ahli Parlimen UMNO yang turut menandatangani SD tersebut, ini bermakna Presiden UMNO telah membohongi ahli-ahli UMNO secara hidup-hidup berkenaan ketetapan “No Anwar dan No DAP”.

Ketiga, oleh kerana ketetapan “No Anwar dan No DAP” adalah keputusan MT UMNO yang kemudian disahkan dalam Perhimpunan Agung UMNO, tindakan Zahid Hamidi menggerakkan usaha menyokong Anwar melalui SD yang dihantar ke Istana Negara itu adalah suatu bentuk perlanggaran dan pengkhianatan paling besar terhadap pendirian parti.

Meskipun fakta pertama lebih ke arah memberi kelegaan kepada Anwar yang selama ini diejek dan disindir dengan pelbagai kata-kata mengenai pengakuannya memiliki majoriti kukuh dan meyakinkan dan kini beliau boleh menarik nafas lega susulan pendedahan Tajuddin, tetapi ketiga-tiga fakta itu secara terangkum telah memberi malu yang amat besar ahli-ahli UMNO keseluruhannya.



No comments: