MAJU SINGAPURA
*Posting panjang. Pohon tarik nafas dalam2 sebelum baca*
1. Ada kawan tanya saya. Kenapa kebanyakan Orang Melayu taknak
Malaysia maju macam Singapura? Saya jawab padanya “Mereka takut “orang lain”
memerintah dan Melayu terpinggir. Seperti di Singapura”. Itu jawapan mudah.
2. Dia jawab kembali “Bahasa Melayu masih lagi jadi bahasa
Kebangsaan Singapura. Termaktub dalam Perlembagaan. Malah kesemua Perdana
Menteri Singapura boleh bertutur dengan baik bahasa Kebangsaaan. Macam mana
pula kata Melayu terpinggir? Banyak Melayu Singapura belajar di Univeristi Ivy
League dan punya jawatan tinggi. Sampaikan Presiden Singapura sekarang seorang
perempuan Melayu Islam”.
3. Saya tahu dia akan jawab begitu. Ya betul, apa yang diucap.
4. Tapi yang ditayangkan kepada Melayu Malaysia, bagaimana orang
Melayu Singapura dipinggirkan dari segi ekonomi dan pentadbiran. Bagaimana
orang Melayu Singapura kebanyakan duduk di flat awam. Kerja mereka pusing2 jadi
pelayan restoran, tukang cuci dan kerja kilang.
5. Diterapkan idea “Jangan sampai kita jadi macam Singapura,
Melayu merempat di negeri sendiri”.
7. That’s the elephant in the room yang pemimpin bukan Melayu
kena buka mata. Pada kebanyakan Melayu “takpe tak maju mana, jangan sampai
hilang kuasa”.
8. Makanya, kena paham kalau modal politik PH DAP nak jadikan
Malaysia maju seperti Singapura, nescaya takkan lut untuk menarik undi Melayu.
Tambah lagi dicanang idea orang bukan Melayu nak jadi Perdana Menteri.
9. Konsep minoriti memerintah majoriti mungkin boleh diterima di
negara maju. Cuba bayangkan di Malaysia, kematangan majoriti pengundi kita?
Kena ingat, Amerika mengambil masa 200 tahun untuk menerima Obama, jadi
Presiden Kulit Hitam Pertama. Kita pula baru 60 tahun merdeka.
10. Tu sebab dalam PH berkempen mengenai kemajuan Malaysia, dan
bangkitkan isu governans, tadbir urus dan intergriti, ini semua konsep ALIEN
kepada pengundi Melayu terutamanya di kampung2. Kerana isu mereka masih sama 60
tahun dulu. Isunya ialah survival kaum. Elakkan Malaysia jadi macam Singapura.
Itu brainwash 60 tahun yang UMNO telah terapkan dari mula.
11. Cuma banyak benda yang pemimpin kita tak cerita. Singapura
terlepas dari tangan orang Melayu bukan kerana penjajahan orang Cina. Atau apa2
bentuk penindasan ekonomi sampai Melayu keluar Singapura.
12. Truth be told, Singapura tergadai kerana pembesar Melayu
sendiri berebut kuasa. Itu sejarah yang tak mungkin terpadam. Anak raja
bergaduh merebut takhta dan bawa masuk orang asing dalam negara. Pulau
Singapura tergadai kepada Inggeris melalui Perjanjian Crawford. Pembesar Melayu
gadaikan tanah Singapura “selamanya” kepada Inggeris, sebagai balasan, mereka
dapat duit bulanan dan nikmat di Istana. Walaupun hilang kuasa mentadbir sama
sekali.
13. Bila semua tanah dah tergadai, orang Inggeris bawak masuk
orang Cina dan India untuk gerakkan ekonomi. Pada kurun ke-19 lagi, orang Cina
telah menjadi majoriti penduduk di Singapura. Jumlah penduduk Melayu berkurang
di sana dan menjadi penduduk minoriti. Ini 200 tahun dulu punya cerita.
14. Mengikut teori, sebuah negara dirampas dari penduduk asal
melalui perang dan penjajahan. Namun, Singapura dan Pulau Pinang dikuasai oleh
orang Cina walaupun mereka bukan penjajah. Kalau difikirkan, Singapura dan
Pulau Pinang merupakan 2 tempat di luar negara China yang orang Cina jadi
penduduk majoriti walaupun mereka bukan penduduk asal. Betulkan saya kalau saya
salah.
15. Sesungguhnya, Singapura dan Pulau Pinang jatuh ke tangan
orang Cina, bukan sebab mereka kuat dan menindas. Singapura jatuh kerana kita
sendiri mabuk kuasa dan senang ditipu helah. Itu fakta yang kita kena terima
dengan berlapang dada.
16. History is the best teacher. Kini tanah rizab Melayu tinggal
hanya 12% sahaja. Walaupun baru 60 tahun kita merdeka. Habis semuanya tergadai
sudah. Lagi 60 tahun bagaimana pula? Apa harta kita tinggalkan kepada anak cucu
cicit kita?
17. 60 tahun merdeka, pembesar Melayu masih berebut2 kuasa.
Korupsi dan salah guna kuasa merata. Sampai negara tak terjaga.
18. Kuasa Melayu hilang bukan sebab abu mayat pejuang komunis
tua. Bukan jua sebab pemandu mabuk atas jalan raya. Kuasa Melayu hilang dari
dulu sampai sekarang kerana sesama kita berebut kuasa.
19. Menang bersorak, kampung tergadai. Itu pepatah lama. Tapi
adakah pembesar Melayu kita, kini dan selamanya, belajar darinya?
Wallahu a’alam…
Salam hormat,
Liyana Marzuki