MAJU SINGAPURA.RAKYAT MALAYSIA TAK MAHU NEGARA MAJU. SEBAB BANYAK WALAUN DAN MAHACAI YANG TAK CERDIK

 

MAJU SINGAPURA

*Posting panjang. Pohon tarik nafas dalam2 sebelum baca*

1. Ada kawan tanya saya. Kenapa kebanyakan Orang Melayu taknak Malaysia maju macam Singapura? Saya jawab padanya “Mereka takut “orang lain” memerintah dan Melayu terpinggir. Seperti di Singapura”. Itu jawapan mudah.

2. Dia jawab kembali “Bahasa Melayu masih lagi jadi bahasa Kebangsaan Singapura. Termaktub dalam Perlembagaan. Malah kesemua Perdana Menteri Singapura boleh bertutur dengan baik bahasa Kebangsaaan. Macam mana pula kata Melayu terpinggir? Banyak Melayu Singapura belajar di Univeristi Ivy League dan punya jawatan tinggi. Sampaikan Presiden Singapura sekarang seorang perempuan Melayu Islam”.

3. Saya tahu dia akan jawab begitu. Ya betul, apa yang diucap.

4. Tapi yang ditayangkan kepada Melayu Malaysia, bagaimana orang Melayu Singapura dipinggirkan dari segi ekonomi dan pentadbiran. Bagaimana orang Melayu Singapura kebanyakan duduk di flat awam. Kerja mereka pusing2 jadi pelayan restoran, tukang cuci dan kerja kilang.

5. Diterapkan idea “Jangan sampai kita jadi macam Singapura, Melayu merempat di negeri sendiri”.

7. That’s the elephant in the room yang pemimpin bukan Melayu kena buka mata. Pada kebanyakan Melayu “takpe tak maju mana, jangan sampai hilang kuasa”.

8. Makanya, kena paham kalau modal politik PH DAP nak jadikan Malaysia maju seperti Singapura, nescaya takkan lut untuk menarik undi Melayu. Tambah lagi dicanang idea orang bukan Melayu nak jadi Perdana Menteri.

9. Konsep minoriti memerintah majoriti mungkin boleh diterima di negara maju. Cuba bayangkan di Malaysia, kematangan majoriti pengundi kita? Kena ingat, Amerika mengambil masa 200 tahun untuk menerima Obama, jadi Presiden Kulit Hitam Pertama. Kita pula baru 60 tahun merdeka.

10. Tu sebab dalam PH berkempen mengenai kemajuan Malaysia, dan bangkitkan isu governans, tadbir urus dan intergriti, ini semua konsep ALIEN kepada pengundi Melayu terutamanya di kampung2. Kerana isu mereka masih sama 60 tahun dulu. Isunya ialah survival kaum. Elakkan Malaysia jadi macam Singapura. Itu brainwash 60 tahun yang UMNO telah terapkan dari mula.

11. Cuma banyak benda yang pemimpin kita tak cerita. Singapura terlepas dari tangan orang Melayu bukan kerana penjajahan orang Cina. Atau apa2 bentuk penindasan ekonomi sampai Melayu keluar Singapura.

12. Truth be told, Singapura tergadai kerana pembesar Melayu sendiri berebut kuasa. Itu sejarah yang tak mungkin terpadam. Anak raja bergaduh merebut takhta dan bawa masuk orang asing dalam negara. Pulau Singapura tergadai kepada Inggeris melalui Perjanjian Crawford. Pembesar Melayu gadaikan tanah Singapura “selamanya” kepada Inggeris, sebagai balasan, mereka dapat duit bulanan dan nikmat di Istana. Walaupun hilang kuasa mentadbir sama sekali.

13. Bila semua tanah dah tergadai, orang Inggeris bawak masuk orang Cina dan India untuk gerakkan ekonomi. Pada kurun ke-19 lagi, orang Cina telah menjadi majoriti penduduk di Singapura. Jumlah penduduk Melayu berkurang di sana dan menjadi penduduk minoriti. Ini 200 tahun dulu punya cerita.

14. Mengikut teori, sebuah negara dirampas dari penduduk asal melalui perang dan penjajahan. Namun, Singapura dan Pulau Pinang dikuasai oleh orang Cina walaupun mereka bukan penjajah. Kalau difikirkan, Singapura dan Pulau Pinang merupakan 2 tempat di luar negara China yang orang Cina jadi penduduk majoriti walaupun mereka bukan penduduk asal. Betulkan saya kalau saya salah.

15. Sesungguhnya, Singapura dan Pulau Pinang jatuh ke tangan orang Cina, bukan sebab mereka kuat dan menindas. Singapura jatuh kerana kita sendiri mabuk kuasa dan senang ditipu helah. Itu fakta yang kita kena terima dengan berlapang dada.

16. History is the best teacher. Kini tanah rizab Melayu tinggal hanya 12% sahaja. Walaupun baru 60 tahun kita merdeka. Habis semuanya tergadai sudah. Lagi 60 tahun bagaimana pula? Apa harta kita tinggalkan kepada anak cucu cicit kita?

17. 60 tahun merdeka, pembesar Melayu masih berebut2 kuasa. Korupsi dan salah guna kuasa merata. Sampai negara tak terjaga.

18. Kuasa Melayu hilang bukan sebab abu mayat pejuang komunis tua. Bukan jua sebab pemandu mabuk atas jalan raya. Kuasa Melayu hilang dari dulu sampai sekarang kerana sesama kita berebut kuasa.

19. Menang bersorak, kampung tergadai. Itu pepatah lama. Tapi adakah pembesar Melayu kita, kini dan selamanya, belajar darinya?

Wallahu a’alam…

Salam hormat,

Liyana Marzuki