Wajar Bagi Malaysia, Brunei Suarakan Kebimbangan Peningkatan Konflik Asia Barat

 


Kenyataan bersama dikeluarkan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencerminkan ketegasan dalam menyuarakan kebimbangan konflik di Asia Barat mesti dihentikan segera. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Amat wajar bagi Malaysia dan Brunei sebagai dua negara majoriti umat Islam terus mendesak malah menekankan kepentingan keamanan di Asia Barat yang terus memberi kesan langsung kepada situasi geopolitik rantau ini.

Menurut penganalisis tempatan, situasi di rantau itu tidak boleh dibiarkan berlarutan dan kenyataan bersama oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah serta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan solidariti tetapi memperkuat lagi tekanan kepada komuniti antarabangsa.

Kenyataan bersama Brunei-Malaysia yang dikeluarkan sempena Rundingan Tahunan Pemimpin (ALC) ke-27 pada 22 Ogos 2026. Foto Wisma Putra

”Isunya bukan setakat pembantaian umat Islam di Asia Barat semata-mata tetapi krisis kemanusiaan global menuntut semua pihak termasuk ketua kerajaan menyuarakan bantahan keras terhadap negara yang melanggar piagam antarabangsa,” katanya.

Kenyataan bersama Brunei-Malaysia yang dikeluarkan sempena Rundingan Tahunan Pemimpin (ALC) ke-27 pada 22 Ogos 2026. Foto Wisma Putra

Terdahulu, gesaan dan kebimbangan mendalam akan peningkatan ketegangan serta konflik yang kembali tercetus di Asia Barat, khususnya membabitkan Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap Iran, serta serangan balas ke atas beberapa negara di rantau itu.

Dalam satu kenyataan bersama dikeluarkan susulan Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 di Bandar Seri Begawan, Sultan Hassanal serta Anwar berkata, keadaan itu mengakibatkan korban awam, kerosakan infrastruktur dan situasi kemanusiaan yang semakin buruk.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, di Bandar Seri Begawan pada 22 Ogos 2026. Foto X Anwar Ibrahim

“Mereka menggesa semua pihak supaya menahan diri, mengelak ketegangan terus meningkat, menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah semua negara, serta kembali kepada dialog dan diplomasi bagi menamatkan konflik serta mencapai penyelesaian,” menurut kenyataan itu.

Kedua-dua pemimpin turut mengambil maklum keadaan itu telah mengganggu lalu lintas maritim melalui Selat Hormuz, sekali gus menjejaskan rantaian bekalan global bagi tenaga dan barangan keperluan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, di Bandar Seri Begawan pada 22 Ogos 2026. Foto X Anwar Ibrahim

“Sehubungan itu, mereka menekankan kepentingan mengekalkan keselamatan maritim serta menjunjung kebebasan pelayaran dan penerbangan selaras undang-undang antarabangsa, khususnya Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut 1982 (UNCLOS).

“Mereka menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap sebarang langkah diskriminasi atau unilateral yang tidak selaras undang-undang antarabangsa, serta menggesa laluan transit kapal dan pesawat yang selamat, tanpa halangan serta berterusan di Selat Hormuz dipulihkan selaras UNCLOS 1982,” menurut kenyataan itu lagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sidang media selepas mengakhiri Rundingan Pemimpin Tahun (ACL) ke-27 di Bandar Seri Begawan pada 22 Ogos 2026. Foto PMO




No comments: