Andrian Lim
Pada tanggal 6 Mei tahun 2016, Azmin Ali yang merupakan MB Selangor pada ketika itu telah ditahan di Lapangan Terbang Kuching dan dihalang masuk Sarawak ketika berhasrat masuk Sarawak berkempen sempena PRN Sarawak 2016.
Ketua Menteri (sekarang “Premier”) Sarawak pada ketika itu merupakan Allahyarham Adenan Satem, seorang ikon dan kebanggaan rakyat Sarawak. Allahyarham ibarat bapa kepada seluruh rakyat Sarawak.
Berkenaan setuju atau tidak setuju tindakan Kerajaan Sarawak, kene akur lah. Itu kuasa mutlak Ketua Menteri (sekarang “Premier”) Sarawak. Bawa ke mahkamah pun confirm kalah sebab kuasa imigresen Sarawak (dan Sabah) adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Sarawak (dan Sabah).
Sekarang, MB Terengganu tidak dihalang. Cuma diminta tunggu sebentar, kemudian dibenar masuk.
Tak timbul pun isu disekat atau dihalang masuk Sabah.
Tapi dibuat kenyataan seolah-olah begitu kesian sampai tahap kene sekat sedangkan ianya tiada kene mengena dengan Kerajaan Persekutuan.
Ini bidang kuasa autonomi Sarawak (dan Sabah).
Sekiranya Dr Sam berhasrat menjadi PM suatu hari nanti, kene fahami terlebih dahulu kuasa autonomi Sarawak (dan Sabah) terlebih dahulu.
Sarawak (dan Sabah) bukan level “negeri”.
Sarawak (dan Sabah) bertaraf rakan kongsi bersama seluruh Semenanjung Malaysia (dahulunya “Malaya”).
Dan Persekutuan Malaysia dibentuk oleh:
1. Semenanjung Malaysia (dahulunya “Malaya”)
2. Sabah (dahulunya “Borneo Utara”)
3. Sarawak
Sebenarnya, kami di Sabah Sarawak tidak marah tidak maki PAS.
Kami tak layan sangat karenah PAS sebab PAS dianggap tidak wujud.
Kalau ditanya orang Sabah Sarawak tentang PAS, kami bilang “PAS tidak relevan di Sabah Sarawak”.

No comments:
Post a Comment