RAKYAT KELANTAN PERLU BERUBAH DAN BOLEH PERCAYAKAN ANWAR.
Anwar Ibrahim
Sebelum mengakhiri lawatan ke Kelantan, saya sempat menghadiri Jelajah Perpaduan MADANI dan Pelancaran Jentera Perpaduan di Machang.
Di hadapan ribuan hadirin, saya maklumkan
Kerajaan Perpaduan berazam untuk memajukan Kelantan sekiranya berjaya menawan negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos depan.
Sayugia, kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan negeri amat penting dalam memastikan kebajikan rakyat terus terjaga dan terbela.
Inilah masanya untuk rakyat Kelantan perlu bangkit, percaya dan yakin dengan hasil kerja yang dilakukan Kerajaan Perpaduan demi kemajuan mereka.
Sampai jumpa lagi Kelantan!
#MalaysiaMADANI
SALAM AKHIR BUAT SAHABAT
Anwar Ibrahim.
Menyampaikan salam terakhir buat seorang sahabat yang kental dan setia.
Terima kasih untuk segala jasa dan budimu buat rakyat serta negara.
Akan kami teruskan legasi RAHMAHmu.
Damailah di sana, Al-Fatihah.
BUANG MASA SAJA HAMZAH MAHU DEDAH SURAT SAIFUDDIN KETIKA KEMPEN PRN INI
Selain tidak mampu menambah sebarang undi kepada PN, mendedahkan surat itu hanya mendedahkan lemahnya Hamzah ketika memegang jawatan Menteri Dalam Negeri….
BUANG MASA SAJA HAMZAH MAHU DEDAH SURAT SAIFUDDIN KETIKA KEMPEN PRN INI
Walaupun sudah dinafikan, bekas Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin nampaknya tetap berkeras mahu mendedahkan surat daripada Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasition Ismail yang didakwa dihantar kepadanya konon bagi meminta pemilihan PKR yang lalu dibatalkan.
Hamzah memberitahu pemberita di Tanjong Karang malam tadi bahawa beliau akan mendedahkan surat itu dalam kempen PN di Kedah tidak lama lagi.
“Itu tunggu. Saya katakan bersiri.
“Saya cakap dengan orang Kedah bahawa saya akan turun kembali ke Kedah dan saya akan tunjuk surat yang dia hantar pada saya,” katanya lagi.
Berikutan pendedahan Hamzah bahawa Saifuddin pernah menghantar surat kepadanya meminta agar pemilihan PKR dibatalkan, Setiausaha Agung PKR itu yang kini merupakan Menteri Dalam Negeri segera menafikannya dan menyifatkan dakwaan Hamzah terhadapnya tidak lebih hanya sekadar “kenyataan politik” semata-mata.
Saifuddin berkata, jika beliau mahu membatalkan keputusan pemilihan parti tahun lalu itu, beliau boleh melakukannya dalam dua jawapannya kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), apabila badan itu mengeluarkan dua surat tunjuk sebab kepada PKR.
Tentunya kerana tidak puas hati dengan jawapan Saifuddin itu, Hamzah kini memutuskan untuk mendedahkan surat Saifuddin itu?
Perlukah Hamzah berbuat demikian?
Sekarang adalah waktu kempen PRN dan sebarang ucapan atau pendedahahan ketika kempen ini seharusnya boleh membantu PN ke arah memperolehi undi.
Malangnya, tindakan Hamzah membuat dakwaan tentang wujudnya surat Saifuddin kepadanya itu langsung tidak membantu PN memperolehi undi tambahan daripada rakyat Kedah.
Apa kaitan surat itu dengan PRN dan kepada rakyat Kedah?
Hamzah patut mencari isu lain jika ingin menambahkan undi kepada PN yang kini semakin terjejas berikutan onar Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah yang memperlekeh Raja-Raja sehingga didakwa di mahkamah, selain isu nadir bumi yang dijangka lebih banyak tangkapan akan dilakukan oleh pihak berkuasa.
Lagi pula, isu pemilihan dalam PKR telah selesai dan meskipun Saifuddin kalah kepada Rafizi Ramli bagi pemilihan jawatan Timbalan Presiden, kedua-dua pemimpin berkenaan telah memilih untuk bersatu serta sama-sama bekerja keras untuk kemenangan PH pada PRU15 lalu.
Disebabkan kesediaan mereka melupakan isu pemilihan tersebut dan kedua-duanya saling bekerja keras, itulah yang sebahagiannya menyumbang kepada kepada kemampuan PH memenangi 82 kerusi iaitu paling tinggi berbanding PN dan juga BN.
Kini juga, Saifuddin dan Rafizi sama-sama anggota jemaah menteri dan mereka saling fokus serta melengkapi untuk terus memperkukuh parti dan berkhidmat untuk negara.
Maka itu, langsung tidak relevan sebenarnya untuk Hamzah bercakap mengenai surat itu.
Selain tidak relevan, adalah membuang masa juga bagi Hamzah bercakap tentang surat itu pada ketika ini kerana Saifuddin dan Rafizi tidak pernah memanjangkan isu pemilihan itu sebaik ianya berakhir.
Tambahan lagi, yang salahnya dalam hal ini, jika benar Saifuddin ada menulis surat kepadanya meminta pemilihan PKR itu dibatalkan, ialah Hamzah sendiri.
Kenapa beliau tidak membatalkan saja pemilihan PKR kalau benar perkara itu yang diminta oleh Saifuddin?
Bukankah jika pemilihan PKR itu dibatalkannya, parti itu akan jadi lebih berpecah dan PH tidak mungkin mampu menang sehingga 82 kerusi Parlimen pada PRU15 lalu?
Oleh kerana beliau sendiri enggan membatalkan pemilihan PKR, mendedahkan wujud surat berkenaan ketika ini sudah tidak bermakna apa-apa lagi.
Ia malah hanya mendedahkan kelemahan dan ketidakcekapan Hamzah sendiri ketika memegang jawatan Menteri Dalam Negeri. – ShahbudinHusin 24/07/2023.
https://shahbudindotcom.net/
RAKYAT SELANGOR MARAH SANUSI
Rakyat Selangor dah marah! Jangan harap PNgkhianat akan menang di Selangor!
#PRN2023
#TolakPN
#TolakPNDerhaka
#SanusiBiadap
'Jelajah Perpaduan luar biasa tanda rakyat Kelantan bangkit'
Oleh: Abdullah Zaid
Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kehadiran ribuan rakyat dalam Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Kelantan malam tadi sebagai “amat luar biasa”.
"Saya orang lama dalam politik, saya jalan masuk tadi dari hujung jalan sampai ke sini (pentas ceramah) bukan sahaja orang ramai tetapi sambutannya amat luar biasa," kata beliau semasa berucap di Bukit Tiu Machang, semalam.
Turut hadir Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Kelantan Nik Nazmi Nik Ahmad.
Dalam pada itu, Pengerusi Kerajaan Perpaduan itu juga memberi jaminan untuk menyelesaikan masalah air yang membelenggu sejak puluhan tahun di negeri pantai timur itu.
"Tanpa mengira parti Kerajaan komited untuk menyelesaikan masalah air di Kelantan.
"Kita memberi jaminan untuk tidak membiarkan rakyat Kelantan minum melainkan air bersih.
"Oleh itu, hasil perbincangan dengan Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi bersetuju meluluskan peruntukan RM 1.7 bilion dan kita luluskan segera (bantuan tersebut) RM 500 juta (bagi) tahun ini," jelasnya lagi.
Pada masa sama, Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Tambun menempelak tindakan gabungan Pas-Bersatu yang mengambil bekas Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) Tun Dr Mahathir Mohammed menyertai gabungan pembangkang itu bagi menghadapi PRN di enam buah nanti.
"Sekarang mereka bawa Tun M bawa turun kempen, sekarang orang dah panggil dia Lebai Mahathir," sinisnya.
[launtan merah biruh] KELANTAN SEDIA UNTUK BERUBAH!SAMBUTAN HANGAT BERSA...
[panas] PENYOKONG PERIKATAN NASIONAL! MENGGANAS MEMBAKAR BENDERA PN!
PM Anwar Ibrahim Imamkan Solat Jenazah Allahyarham Salahuddin Ayub Di Ma...
WAN SAIFUL KEKAL KLUSTER MAHKAMAH
Hakim, Rozina Ayob memutuskan demikian selepas mendengar hujahan
tambahan daripada peguam, Amer Hamzah Arshad yang mewakili Ahli Parlimen Tasek
Gelugor itu dan responden oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rasyidah Murni Azmi dan
Mohd ‘Afif Ali.
“Permohonan pihak pembelaan ditolak, maka prosiding seterusnya
dijalankan sebagaimana yang dijadualkan sebelum ini.
“Mahkamah menetapkan perbicaraan kes dibuat selama lapan hari,
bermula 25 hingga 27 Mac; 29 serta 30 April tahun depan dan 20 hingga 22 Mei
tahun depan,” kata Rozina.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
LEVEL BAWAH CAM WALAUN JUGA
Akan lahir apa! Dah lahir dah Sanusi baru! Bukan puluh tapi
beratus. Tu walaun semua tu kira Sanusi la tu. Sama je level otak. Nak apa
lagi? Guane boh?
ORANG YANG ORANG MELUAT KENA HATI HATI SIKIT. SEBAB BAGI BANYAK ORANG SAKIT HATI
Masa aku dalam union dulu, pernah ada court case dengan majikan.
Peguam kami masa tu Sivarasa. Dia YB masa tu.
Aku jumpa dia datang tanpa bodyguard. Aku pelik juga. Aku tanya
dia, kenapa tak ada bodyguard? Tak risau ke?
Jawapan dia aku ingat sampai hari ni. "Kita orang
baik-baik. Kita tolong orang. Siapa mau bunuh kita? Kita tak ada musuh.
Lain kalau kita curi duit rakyat, selalu dengki orang lain,
memanglah kita takut. Masa tu mungkin kena ada bodyguard."
Aku fikir itu jawapan yang sangat baik. Betul. Kalau kita baik,
nak takut apa? Gambar sekadar hiasan. Guane boh?