Hakim, Rozina Ayob memutuskan demikian selepas mendengar hujahan
tambahan daripada peguam, Amer Hamzah Arshad yang mewakili Ahli Parlimen Tasek
Gelugor itu dan responden oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rasyidah Murni Azmi dan
Mohd ‘Afif Ali.
“Permohonan pihak pembelaan ditolak, maka prosiding seterusnya
dijalankan sebagaimana yang dijadualkan sebelum ini.
“Mahkamah menetapkan perbicaraan kes dibuat selama lapan hari,
bermula 25 hingga 27 Mac; 29 serta 30 April tahun depan dan 20 hingga 22 Mei
tahun depan,” kata Rozina.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/