Salah satu masalah dalam masyarakat kita adalah menganggap golongan Agamawan suci dan tidak akan melakukan kesalahan walhal tidak. Mereka adalah manusia biasa dan tetap melakukan kesalahan seperti kita.
.
Benar,ilmu mereka lagi tinggi,sumbangan mereka lagi banyak. Tetapi itu bukanlah pemberat dalam neraca kebenaran. Bila salah,ianya harus ditegur dan diperbaiki.
.
Adakah kita perlu belajar sampai berpulub tahun seperti mereka untuk bagi teguran?
.
Tidak. Dengan hanya tahu satu kebenaran, cukuplah untuk menegur sebarang kesalahan yang berlaku di hadapan kita. Kalau tidak mampu dengan kuasa,tegur dengan lisan. Jika dengan lisan pun tidak mampu,tegur dalam hati.
.
Ada pula yang kata kenapa tidak tegur secara berhadapan?
.
Ada banyak hujah yang boleh digunakan untuk jawab soalan ini tetapi prinsip yang paling jelas adalah segala kesalahan ilmu yang dibuat secara awam, perlu ditegur secara awam. Ianya bukan bertujuan menghina tetapi untuk perbaiki kefahaman orang awam dan damage control.
.
Bagi saya, tidak jatuh sedikit pun maruah seorang Asatizah yang memohon maaf atas khilaf mereka. Sudah ramai yang berbuat hal demikian dan masih lagi dihormati. Terbaru, Ustaz Pahrol memohon maaf atas kekhilafannya dalam Tazkirah harta yang tidak digunakan selama 40 hari akan dihisab. Dia mohon maaf selepas ditegur. Orang makin respek.
.
Kawan, usahlah kita taksub pada tubuh badan manusia. Hebat mana pun dia,tinggi mana pun ilmunya, dia tetap manusia dan pasti dia akan lakukan kesalahan sepertimana kita lakukan. Hormat bukan bererti mengiyakan segala perkata termasuk kesalahan. Hormat adalah apabila orang itu betul,kita sanjungi dan bila dia salah, kita tegur.
.
Selamat pagi.