JEMPUT TETAMU MASUK RUMAH PH? PERKUKUHKAN RUMAH KITA DULU

 

Pakatan Harapan - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas


Pertamanya, saya bersyukur setakat ini tiada pimpinan utama dalam PH mahu melayan suara2 sumbang yang masih teringin menjemput parti2 lain ke dalam PH. Dalam mesyuarat Majlis Presiden PH baru2 ini, ketegasan dan ketetapan yang diambil adalah untuk perkukuhkan lagi PH.

Selain dari memperkukuhkan PH, Majlis Presiden juga mengulangi ketetapan bahawa PH menyokong penuh Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi PH.

Satu dua langau di luar sana yang masih meratib tentang perlunya menukar Pengerusi PH, kita sudah lama mengenali mereka sebelum ini. Mereka adalah individu yang sering mencari kesalahan Anwar Ibrahim tetapi mereka sendiri tidak nampak ke hadapan di dalam membantu usaha Pengerusi PH ini untuk mengembalikan mandat rakyat. Mereka cuma mahu menumpang tuah jika Anwar berjaya dan akan kecam Anwar jika Anwar gagal.

Mengapa perlu jemput tetamu luar mengisi rumah kita dalam keadaan rumah kita pun belum begitu kukuh? Apatah lagi tetamu yang kita mahu jemput itu kita kenali orang yang selalu memandang negatif terhadap Pengerusi PH? Di antara tetamu yang mahu kita jemput itu adalah pihak yang merencana dan merancang pengkhianatan sehingga kerajaan PH itu tumbang. Mahu terima tetamu pun lihatlah dulu rekod dan perangai mereka. Belum apa2 lagi, sudah umum mahu bertanding 120 kerusi parlimen. Ertinya, mereka pun tidak berminat untuk bersama PH.

Setakat ini, tiada satu pun parti di luar PH memohon untuk sertai PH. Mengapa kita terhegeh2 untuk meminta PH merayu dan menyembah mereka masuk?

Cukuplah untuk merosakkan keharmonian PH dari dalam. Perkuatkan parti masing2 dan kukuhkan PH untuk hadapi PRU15 nanti. Biarlah nanti kita bertanding atas kekuatan parti kita dan dibantu dengan sokongan rakan di dalam PH. Sampai bila mahu berpaut dengan parti rakan?

WFAUZDIN NS