HarapandailyJune 16, 2025
Naib presiden Pas Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar telah menolak dakwaan
bahawa ada usaha menukarkan presiden partinya, Pas
“Tidak timbul langsung soal nak tukar Presiden. Presiden inilah yang
telah mengatur strategi kemenangan besar Pas.
“Isu ini sengaja dimainkan musuh untuk mencetuskan kekeliruan dan
melemahkan kesatuan dalam parti,” katanya, lapor Harakah Daily.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada mesyuarat agung tahunan Pas
kawasan Marang ke-41 yang diadakan di Rusila,
Beliau turut mendakwa bahawa perkara tersebut adalah permainan pihak
musuh yang mahu melihat Pas berpecah.
“Kita kena fokus pada agenda dakwah dan pentadbiran yang beramanah.
Jangan terperangkap dengan permainan musuh yang hanya mahu melihat kita
berpecah,” katanya lagi.
Isu penukaran pucuk pimpinan Pas timbul ekoran daripada keadaan
kesihatan presiden parti, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang tidak baik.
Sekiranya Hadi berundur, pemimpin kanan yang akan mengambil alih
kepimpinan ialah timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Walau bagaimanapun Tuan Ibrahim bukanlah lulusan Timur Tengah seperti
Hadi dan pimpinan terdahulu.
Ahmad Samsuri pula merupakan sebahagian daripada pimpinan ‘Geng Publika’
– gelaran untuk golongan profesional yang masih berada dalam Pas.
Sebilangan penganalisa politik berpendapat bahawa Hadi perlu berundur
sekiranya Pas mahu memperoleh sokongan pengundi bukan Melayu.

No comments:
Post a Comment