MSO
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kesekian kalinya menegaskan beliau tidak akan berkompromi sama sekali dengan perasuah dan penyangak wang negara.
Beliau tidak akan menghalang tindakan SPRM menyiasat sesiapa saja yang didapatI melakukan penyelewengan dan rasuah termasuk kes kes membabitkan pemimpin lama.
"siasat dan tanggkap mereka jangan kira siapa dan saya tidak akan menghalangnya waima dia pemimpin pembangkang atau kerajaan", tegasnya ketika berucap diprogram Madani Rakyat Perak 2025 di Lumut.
Beliau mahu pastikan wang yang dicuri dan disangak dikembalikan.
Memahami isi hati Anwar itu beliau semacam memberi signal tegas dan jelas kepada SPRM agar bertindak ke atas beberapa pemimpin negara sebelum ini dan pembangkang yang terlibat rasuah diambil tindakan.
Difahami ada berberapa kes rasuah membabitkan pemimpin pembangkang terlibat dengan rasuah semasa mereka jadi kerajaan beberapa tahun lalu. Difahamkan sebahagjan fail siasat sudah dibuka. Trims.

No comments:
Post a Comment