‘Selamat maju jaya saudara Rafizi’, ucap Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada Datuk Seri Rafizi Ramli yang telah menjalankan tugas dengan baik sepanjang menjadi Menteri Ekonomi.

“Saya ucap selamat maju jaya kepada saudara Rafizi yang telah berkhidmat begitu baik sebagai menteri ekonomi dan sekarang saya akan putuskan untuk mana-mana menteri untuk menjalankan tugas (menteri ekonomi),” katanya ringkas kepada media di Kuala Lumpur, hari ini.

Buat masa ini Anwar berkata, keputusan berkaitan pengganti Rafizi akan diputuskan kemudian.



Mengenai desas desus 

mengatakan Kementerian

 Ekonomi akan ditutup, 

Anwar menjawab bahawa

 tidak ada keperluan untuk

 merombak Kabinet 

mahupun membubarkan 

kementerian itu.

“Saya fikir tak ada 

keperluan untuk dirombak

 apa-apa setakat ini,” 

katanya.

Kita teruskan untuk 

sekarang (Kementerian

 Ekonomi) kerana tidak 

ada isu tidak ada masalah

 teruskan,” tambahnya lagi.

LEARN MORE

Mengenai status peletakan jawatan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Nik Nazmi Nik Ahmad, Anwar berkata, beliau sudah memberi ruang kepada Nik Nazmi untuk berfikir dan renungkan mengenai keputusan untuk melepaskan jawatan itu.

Perdana Menteri juga sudah memberikan pandangannya bahawa adalah lebih baik terus berkhidmat.

Rafizi dan Nik Nazmi pada akhir Mei lalu menghantar surat perletakan jawatan susulan kekalahan mereka pada pemilihan PKR.

Menerusi surat perletakan jawatan yang dihantar kepada Anwar, peletakan jawatan Rafizi akan berkuat kuasa 17 Jun (esok), manakala Nik Nazmi pada 4 Julai. 

No comments: