Politik Malaysia mula dibahagikan mengikut kaum
Isu-isu perkauman yang semakin menebal mula membahagikan rakyat Malaysia mengikut kaum dan tidak sebagai mana sebelumnya.
Situasi berkenaan sekiranya tidak dibendung akan memusnahkan perpaduan negara biar pun Umno dan Pas berjaya mengambil alih kuasa pada pilihan raya umum (PRU) ke 15 kelak.
Pelbagai pihak mendesak agar kerajaan lebih tegas mengambil tindakan ke atas parti-parti pembangkang yang ingin menghuru harakan negara agar mereka boleh mengambil alih kuasa.
Seorang doktor perubatan, Dr Mike Loh, 45 tahun dari Kuala Lumpur berkata, jika berita palsu tanpa apa-apa fakta yang bernas berleluasa ia akan membakar semangat muhibbah di antara kaum yang telah wujud sejak sekian lama.
“Selepas menuduh DAP sebagai ‘gilakan wang dan kuasa untuk diberikan kepada kaum Cina’, sekarang mereka tuduh DAP ‘mahu Kristiankan negara’.
“Tuduhan yang berbaur sentimen perkauman ini kalau tidak dihentikan boleh membahagi-bahagikan rakyat dan memusnahkan kerjasama diantara kaum.
“Pemimpin-pemimpin pembangkang sekarang hanya mahu main isu kaum dan agama. Mereka mahu ‘menjerebukan’ minda orang Melayu untuk meraih sokongan.
“Persoalannya mengapa sehingga kini tidak ada tindakan diambil ke atas pemimpin-pemimpin pembangkang yang menjejaskan keharmonian negara?” tanyanya.
Beliau memberi amaran kepada Kerajaan PH gabungan Umno – Pas tidak boleh dipandang remeh dan jika retorik perkauman dibiarkan bertali-arus, Kerajaan PH akan berdepan jalan yang amat sukar dalam Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15)
Begitu juga Pilihanraya Kecil (PRK) Tanjung Piai di Johor akan menjadi mimpi ngeri sekiranya perkauman tidak dibendung.