KISAH LEMBAGA PENGURUSAN SEKOLAH YANG POWER

 

Syafiq  Azli



Aku, sekolah mission dan lawatan pensyarah ke SK Lubok Mawang!


Bising dua tiga hari di medsos surat daripada lembaga pengurusan sekolah tentang program khatam Al-Quran di Sekolah Saint Thomas di Kuching.


Bagi yang beranggapan ini sekolah kebangsaan, ya ini betul sekolah kebangsaan. Tapi asal sekolah adalah sekolah mission. Tapak bangunan sekolah dan bangunan asal adalah dibina dari pengurusan gereja. Macam sekolah aku dulu, SK Lubok Mawang. Tapak asal dibuka oleh paderi mubaligh dari Amerika pada tahun 1950. Kemudian bertukar jadi SRK Lubok Mawang barulah bertukar jadi SK Lubok Mawang.


Bagi sekolah mission, setiap sekolah ada lembaga pengurusan sekolah masing masing atau nama pendek LPS. Yang sekolah aku bawah mazhab Methodist. Sekolah St Thomas ni mazhab Anglican. Saint Teresa kat Sibu pulak bawah Roman Catholic. Jadi boleh kata sebarang aktiviti di sekolah harus mendapat kebenaran dan kelulusan daripada lembaga pengurusan sekolah. LPS ni lagi besar daripada PPD dan JPN . PPD dan JPN tak berani kacau LPS. 


Berbalik kepada cerita aku, kenapa aku nak cerita benda ni memang pernah terjadi pada aku sendiri 10 tahun yang lalu. Alkisahnya pensyarah aku dari IPG kota Bharu nak datang buat lawatan ke Kapit di bawah En Shamsudin Taliban. Kononnya nak menjejak alumni yang mengajar di pedalaman. Dia berhubung terus dengan aku dan mintak bantuan aku untuk berhubung dengan pihak PPD Kapit. Kebetulan aku pulak baik dengan pegawai PPD Kapit, Mohammad Bin Mobun atau orang panggil Cikgu Mat Mobun.


Jadi rombongan pensyarah ni memilih lah 2 sekolah kat Kapit yang ada alumni IPG Kota Bharu, SK Lubok Mawang dan SK Sungai Menuan bawah Mohd Haris . Aku pun dah atur siap penginapan dan pengangkutan diorang. Faham faham la kat Kapit masa tu jalan belum ada ke Sibu. Nak kena beli tiket ekspress , nak atur hotel kat Kapit , nak atur Hilux 4 x4 dan ration la nak masak kat mereka.


Program ni asalnya dah dapat restu PPD serta pihak sekolah dan tunggu masa nak masuk sekolah sahaja. Tiba tiba benda yang aku tak sangka pun berlaku...


Datanglah surat sebijik macam dalam surat ni. Lawatan ini tidak dibenarkan oleh lembaga pengurusan sekolah! Titik! Dan surat ni sampai 3 hari sebelum kapal terbang nak mendarat ke Sibu! 


Aku pun ingat ingat lupa tapi jawatan dia adalah pengerusi lembaga pengurus sekolah mission kat Kapit lah! Gelabah lah aku. Dah la aku sekolah pedalaman macam mana aku nak hubungi pensyarah aku! Pening aku! 


Tapi berkat fikiran aku pada masa tu memikirkan pensyarah aku nak datang jauh jauh nak bawak buku nak dermakan pada sekolah rasa tak kan nak suruh pensyarah aku batalkan lawatan. Malu muka jugak aku dengan pengarah masa tu Hashim Deraman . Dah la aku memang famous kat maktab, orang panggil Jakpa. Pengarah pun kenal dengan nama Jakpa! 


Jadi aku cadangkan dengan Cikgu Mat tukar program ni ke sekolah SK Nanga Oyan dan SK Nanga Yong. Dua dua sekolah ni bukan bawah sekolah gereja jadi tiada masalah. Dan nasib baik sekolah ni dua dua ada alumni IPG Kampus Kota Bharu. Ada Azim Mohamed dan Mohammad Sabqi . Cuma kecewa jugak la pensyarah aku tak dapat datang sekolah aku sebab sekolah aku kategori P3. Mereka nak datang sebab nak rasa jerih perih cikgu pedalaman sahaja. 


Alhamdulillah program berjalan lancar walaupun ada halangan di saat akhir! 


Berbalik kepada lembaga pengurusan sekolah, sampai sekarang aku tak tahu apa alasan mereka membatalkan program ini! Cuma aku dengar dengar mereka kata rombongan ni bawak buku, takut pensyarah bawak buku agama Islam! Itu sumber tak rasmi lah. Cuma alasan sebenar aku sendiri tak dapat pastikan! 


Cuma macam aku kata lah, benda nak viral ni senang. Bila aku baca ada yang kata ni semua salah kerajaan lah. Salah Anwar lah. Salah KPM lah. Tak pernah fikir solusi. Lepas tu mulalah maki memaki. Salah menyalahkan. Benda yang bagi aku tak perlu viral pun. Dah orang tak bagi sudah. Kalau kau nak protes, ha elok kita pindahkan ramai ramai murid Islam kat sekolah tu. Biar reti sikit lembaga pengurusan sekolah tu! 


Kalau aku fikir tak panjang mungkin surat tu dah viral dah 10 tahun lepas! Entah entah terus  dipindahkan semenanjung Malaysia terus!



No comments: