Ketua Wanita Bersatu Terengganu, Roslilawati Mukhtar, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas pertuduhan mengemukakan dokumen palsu berkaitan program “Back To School” pada 2020.
Sinar Harian melaporkan pengerusi Pertubuhan Komuniti Gemilang Terengganu berusia 45 tahun itu membuat pengakuan di depan Hakim Mohd Azhar Othman selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.
==================================================================================
Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyifatkan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal sebagai orang bodoh yang khayal
Ia susulan kenyataan Syed Abu Hussin yang mendakwa terdapat lapan Ahli Parlimen pembangkang akan mengatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Lelaki ini (Syed Abu Hussin Hafiz) adalah orang bodoh yang khayal,” katanya ringkas.