INISIATIF BAGI PELAKSANAAN PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT NEGERI KELANTAN RM 29 Juta
Persidangan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bertarikh 14 Syaaban 1441H Bersama 08 April 2020M telah bersetuju membuat ketetapan bagi pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Perihatin Rakyat Negeri Kelantan antaranya:
1. Peruntukan Khas kali ketiga sebanyak RM20 Ribu sebagai Bantuan Rakyat akan disalurkan kepada semua Pusat Khidmat DUN (PKD).
2. Pemberian tunai RM 500 (secara one off) kepada penjawat awam Negeri Kelantan dan RM 250 bagi kakitangan Lantikan Politik.
3. Pengecualian sewa premis Kerajaan termasuk Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun Selama dua (2) bulan bagi Peniaga Kecil Sahaja (sewa tersebut akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri.
4. Elaun Khas RM 300 (secara One Off) kepada petugas barisan hadapan Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan dalam sektor pembersihan dan penguatkuasaan termasuk penghulu, penggawa dan kakitangan pejabat penggawa.
5. Pemberian Bantuan Belanjawan Mengurus kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mengimbangi jangkaan defisit PBT disebabkan impak pengecualian sewa premis serta operasi tambahan Covid-19 yang ditanggung.
6. Kerajaan Negeri memutuskan tiada Bazar Ramadhan bagi Negeri Kelantan pada tahun ini.
7. Pemakluman pakej rangsangan akan dibuat dari semasa ke semasa.
“Merakyat Membangun Bersama Islam”
YAB Ustaz Dato’ Hj Ahmad Bin Yakob
(Dato’ Bentara Kanan)
Menteri Besar Kelantan
14 Syaaban 1441H/ 08 April 2020M
DAP mampu beri lebih baik dari negeri yang dikatakan islam sesangat....cuba bandingkan negeri Kelantan dan P.Pinang, agak agak ???
Bila berbezanya ilmu dan akhlak..maka keluarlah pandangan buruk dari segi ilmu dan akhlak...jadinya mudah menilai bahawa yang menulis ini mungkin sekolah tak tinggi....