APABILA MELIHAT AKAN GAMBAR NI, NAMPAK BELIAU LEBIH PANDAI MENDIDIK ANAK DARI KITA.



Mohd Lutfi Othman


 Saya pun larang juga anak-anak saya mengata orang itu kafir, orang ini kafir. Saya suruh mereka sebut non-muslim atau bukan muslim apabila bercakap tentang orang-orang yang tidak beragama Islam zaman sekarang, kecuali jika jelas orang itu menentang atau menghina Islam, contohnya orang Israel zionis. Mungkin sebab saya dulu sekolah Cina. Atau mungkin sebab saya graduan UIA yang banyak juga menekankan tentang dakwah. Kat UIA dulu biasa juga ada talk perbandingan agama. Melihat pada gambar ni, saya kira beliau lebih pandai mendidik anak berbanding kebanyakan kita. Bapa beliau juga hebat, bukan calang-calang orang dalam dunia Islam; boleh google nama Siddiq Fadzil. 


Apabila sampai suatu berita kepada kamu, siasatlah dulu. Berlaku adil kepada semua tanpa mengira fahaman politik. After all that, we can still agree to disagree. No problem.