HAMDAN TAHA
Kenyataan Nazri Aziz dan Shahidan Kasim ini semua akan jadikan
umno haru biru
Nazri mengaku memang dia kumpul Sd untuk jadikan Hishamudin
sebagai Pm
Masa di zaman PH memerintah Nazri jadi Setiausaha BN dan dia
jelajah seluruh negara ajak orang Umno sokong Anwar jadi PM sebab masa tu Anwar
di sebut bakal PM
Sekarang dia sokong Hisham kerana dia dengan Muhyuddin tak boleh
nak masuk
Tahun 96 memang Nazri sokong Hisham sebagai naib ketua pemuda
dan tak sokong Zahid sebagai Ketua Pemuda
Hubungan Nazri Hamzah zainuddin dengan Zahid Hamidi di zaman
muda mereka tak pernah bersama malah bermusuh pula,semua rakan seangkatan tahu
itu
Zahid pula sekarang ini bersama Najib di katakan menyokong Anwar
sebagai PM
Sebenarnya perpecahan ini tak bawa kebaikan kepada negara
tambahan pula musim covid 19 sedang meratah rakyat malaysia
Jika dalam Kerajaan PN pula sedang ada gerakan mengantikan Muhyuddin
sebagai PM bila nak selesainya perkara ini...ini beri pertanda kerajaan juga
sedang berdepan krisis berat...
Umno dan BN bukan lah banyak mana kerusi tu,jika ada puak zahid
dan najib,puak Hishamudin,dan ada yang atas pagar seperti Ismail Sabri dan Ku
Li bila nak aman negara kita ini...berebut tak sudah sudah...
Dalam pkr pun sama ada lagi MP masih Pkr tapi ada hubungan dan
tunggu masa jer ikut Azmin
Pas sokong siapa yang kuat dan jadi kerajaan
Tak ke celaka semua ahli parlimen malaysia ni tak kira dari
parti mana..
Rakyat sedang susah ramai yang dah mati,dah yang jadi miskin dan
papa kedana,negara langsung tak di hormati di mata dunia
Ahli politik bergaduh rebut jawatan siang malam pagi petang
Kerja ahli politik tiap hari kira SD bukan kira macam mana nak
selamatkan negara
Yang memerintah ada kuasa pulak selagi boleh sapu yang depan
mata sapu,guna kuasa darurat untuk kepenting peribadi,buat duit selagi boleh
Vaksin tak cukup untuk vaksin rakyat kerana tak cukup sebab
urusan beli vaksin ada kepentingan masing masing yang terlibat dan urusan
belian bukan kepada pihak yang betul maka jahanam pula negara
Kita dah nak masuk bulan julai masih lagi sibuk mendaftar rakyat
untuk di vaksin dah daftar lama tapi tak juga dapat kerana vaksin tak ada dalam
negara dan tak cukup tapi rakyat di salahkan
Yang DG dan KKM pula ada sumber lain iaitu ubat yang boleh
membantu pesakit covid di tolak mentah mentah di biar rakyat dan pesakit tampa
ubat sedangkan negara lain dah berjaya dengan ubatan ubatan lain selain
vaksin,kita baru nak buat kajian itu pun kajian yang menjurus kepada menolak
bukan untuk menerima kerana ada pihak yang berkepentingan...semua kerana duit
dan berniaga...
Tak ke lingkup negara kita di buat mereka mereka yang jahat dan
tak ikhlas ini menjadi pemimpin
Kita rakyat tak boleh buat apa...bersuara kena tangkap....raja
bersuara pun tidak di pedulikan ini kan pula kita...
Tapi sebagai rakyat kita akan bercakap atas kebenaran....