KPM pandang sebelah mata graduan ISMP punca negara kekurangan guru

 

Kursus latihan atasi ketidakselarasan graduan pendidikan

PADA 20 Jun yang lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengadakan sidang media khas berkenaan pengumuman pengambilan khas guru secara “one-off”. Pengambilan ini adalah antara pengambilan terbesar yang pernah dilakukan oleh KPM iaitu seramai 18,702 pegawai perkhidmatan pendidikan akan diterima.

Tujuan pengambilan ini untuk mengatasi kekurangan tenaga pendidik yang tinggi di Malaysia. Antara negeri yang mempunyai kekurangan guru tertinggi adalah Selangor, Johor Sabah, dan Sarawak. Pengambilan ini secara amnya lebih tertumpu kepada mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Khas, Sejarah, Pendidikan Islam, dan subjek berkaitan teknologi.

Bagi yang belum mengetahui, proses pengambilan kali ini memperkenalkan proses pendekatan baharu iaitu kluster opsyen mata pelajaran. Melalui proses ini, graduan daripada bidang selain pendidikan juga mempunyai potensi untuk diterima menjadi guru dengan syarat bidang berdekatan dengan kluster mata pelajaran tersebut.

Kenapa kekosongan sebanyak itu tidak pernah diisi oleh graduan pendidikan selama ini? Sewaktu sidang media tersebut, dinyatakan apabila graduan pendidikan mempunyai ‘mismatch’ ataupun ketidakselarasan antara pengkhususan dan mata pelajaran yang diperlukan oleh KPM.

Kesannya, kadar pengangguran di kalangan graduan pendidikan universiti awam masih tidak dapat diselesaikan. Menurut Gerakan Graduan Pendidikan Universiti Awam (GGPUA), terdapat 4,390 lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) yang menamatkan pengajian di antara tahun 2011 hingga 2020. Hampir separuh daripada graduan iin masih belum memperolehi penempatan dan hampir 800 graduan pendidikan masih menganggur.

Hal ini jelas menunjukkan betapa tidak selarasnya tuntutan sekolah dengan kursus yang ditawarkan di universiti awam. Usaha-usaha graduan untuk menghabiskan pengajian 4 tahun bagi mendapat gelaran pendidik umpama sia-sia.

Kenapa perkara sedemikian berlaku? Ini adalah kerana graduan ISMP yang dipandang sebelah mata oleh KPM. Sewajarnya KPM menyediakan senarai kursus yang diperlukan oleh sekolah kepada universiti. Perkara ini dapat memudahkan urusan pelbagai pihak apabila graduan lebih mudah untuk mendapat temu duga dan isu kursus yang tidak diperlukan dapat dikurangkan.

Sekiranya langkah ini tidak dijalankan, kita boleh menyaksikan pengulangan initiatif “one-off” seperti kali ini pada masa akan datang. Selagi mana universiti masih menawarkan kursus-kursus yang tidak selaras dengan keperluan sekolah, sel

Sekiranya langkah ini tidak dijalankan, kita boleh menyaksikan pengulangan initiatif “one-off” seperti kali ini pada masa akan datang. Selagi mana universiti masih menawarkan kursus-kursus yang tidak selaras dengan keperluan sekolah, selagi itu kekosongan tenaga pendidik tidak dapat dipenuhi, yang akhirnya akan meningkatkan angka graduan pendidikan yang tidak mempunyai penempatan. Hal ini keranaalasannya tetap sama iaitu ‘missmatch ’atau ketidakselarasan graduan pendidikan.

Apakah solusi yang boleh dicadangkan bagi mengurangkan masalah ketiadaan penempatan graduan pendidikan semasa? Mereka sudah menghabiskan tempoh pengajian 4 tahun, adakah mereka hanya akan dibiarkan mencari kerja di swasta atau bekerja diluar bidang pengajian?

Sewajarnya tidak, kerana mereka merupakan graduan yang telah dilatih dengan cara-cara pengendalian kelas. Misalnya, pendedahan mengenai psikologi pelajar, falsafah pendidikan, teori pembuatan kertas soalan yang efektif dan juga kurikulum. Elemen-elemen ini merupkan asas diperlukan oleh seorang guru.

Sebagai contoh, ramai menyangka individu yang mengambil Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Matematik, akan belajar 70% matematik dan 30% pendidikan atau 60% matematik dan 40% pendidikan. Sebenarnya tanggapan ini adalah salah, kerana meskipun subjek matematik dipelajari mereka dengan lebih banyak, tetapi tugasan yang diberikan adalah disulam rapi dengan modul pembangunan ‘bakal guru’. Contohnya seperti tugasan microteaching dan reka courseware.

Jika, jawatan guru ini diberikan kepada graduan yang bukan lepasan pendidikan, mereka akan mengambil masa untuk mempelajari perkara-perkara di atas. Sekaligus, kualiti pendidikan akan terjejas kerana kurang kefahaman mengenai pedagogi pembelajaran yang berkesan untuk pelajar.

Walaupun mereka lebih arif mengenai proses pengajaran dan pembelajaran, bagaimana cara mengatasi masalah ketidakselarasan pengkhususan? KPM sewajarnya memperkenalkan kursus latihan guru baharu untuk mata pelajaran yang mempunyai permintaan yang tinggi.

Melalui inisiatif ini, graduan pendidikan dapat diserapkan ke sekolah dan dihantar ke kursus tersebut bagi proses penyesuaian subjek. Setelah tamat kursus tersebut, guru-guru akan dibenarkan untuk mengajar subjek tersebut kepada pelajar-pelajar menengah rendah dan kemudian menengah atas.

Persetujuan graduan hendaklah diambil terlebih dahulu sewaktu peringkat temuduga sebelum diserapkan ke kursus latihan tersebut. Hakikat yang perlu diterima oleh graduan pendidikan semasa adalah pengkhususan yang telah mereka pilih, mempunyai permintaan yang rendah pada masa sekarang dan mereka harus mencari pengkhususan lain.

Cumanya syarat yang wajar diletakkan untuk memilih sesuatu subjek adalah subjek tersebut mestilah hampir dengan pengkhususan graduan. Contohnya, pada masa sekarang mata pelajaran matematik mempunyai permintaan rendah, manakala reka bentuk teknologi mempunyai permintaan tinggi, maka graduan tersebut dapat ditawarkan untuk menukar subjek pengkhususan.

Pelajar tidak memerlukan guru yang merupakan genius dalam sesuatu subjek, tetapi pelajar lebih memerlukan guru yang mampu memahami dan memberi kefahaman berdasarkan silibus kepada mereka.

Perkara ini didengari seperti mudah, tetapi untuk memberi kefahaman kepada pelajar, guru tersebut hendaklah menguasai pedagogi pembelajaran, mengetahui cara perancangan penilaian dan mampu memanfaatkan alat bantu mengajar ke arah pembangunan pelajar.

Danial Farook,
Pelajar Sarjana Muda
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Mara (UiTM)