KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) didakwa telah
menghantar surat rayuan sekali lagi kepada Perdana Menteri bagi menghalang
usaha menjual Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang (LTSAAS).
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa surat
tersebut dihantar kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi Syarikat
Pelaburan Berkaitan Kerajaan pada 11 Mei lalu.
Khazanah juga dikatakan telah
mengemukakan beberapa hujah untuk menghalang penjualan LTSAAS yang kini
dikendali di bawah Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
Menurutnya, walaupun surat itu dianggap sulit dan persendirian,
beliau perlu berkongsi butirannya yang dianggap penting kepada masyarakat.
“Surat baharu oleh Khazanah itu merayu sekali lagi agar tolak
cadangan penjualan itu kerana pelannya akan membunuh pelan perstrukturan
Malaysia Aviation Group (MAG) yang menjaga Malaysia Airlines Bhd (MAS).
“ini kerana dalam pelan pensrukturan MAS,
sebanyak RM8 bilion dengan tambahan RM3 bilion telah dibelanjakan untuk
menyelamatkan MAS selama tempoh struktur itu agar ia kekal relevan.
“Namun pengambilalihan WTC Holding ke atas LTSAAS secara
tiba-tiba boleh menjejaskan pelan MAS itu kerana ia menyebabkan kesan
kabinalisasi selepas syarikat penerbangan itu telah mengambil masa lama untu
bertapak di KLIA dan klia2.
“Pengambilalihan juga akan menjejaskan laluan penerbangan sedia
selain caj perkhidmatan penumpang (PSC) tidak lagi menjadi milik MAHB
pada masa akan datang.
“Sepatutnya, LTSAAS menjadi pelengkap
kepada KLIA dan KLIA2,” katanya pada sidang media secara langsung di Facebook
miliknya dari luar Parlimen hari ini.
Sidang media itu susulan pendedahan beliau semalam yang menyelar
tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang cuba untuk menjual atau memajak
LTSAAS.
Menurut beliau, kerajaan tidak boleh terlalu mudah untuk menjual
aset itu memandangkan pemilikan lapangan terbang tersebut di bawah Khazanah,
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Berhad (PNB),
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dan sebagainya.
Syed Saddiq berkata, jika aset tersebut dijual, MAHB dijangka
mengalami kerugian sebanyak RM11.9 bilion manakala Malaysia Airlines Berhad
akan menanggung rugi RM1 bilion setahun.
Mengulas lanjutt, Syed Saddiq menambah, butiran lain dalam surat
Khazanah itu juga mencadangkan Pelan Generasi Semula Subang yang diketengah
kerajaan sendiri oleh MAHB namun ia dibakul sampah kerana tidak diberi
perhatiaan yang penuh oleh kerajaan.
Sebaliknya, pengasas Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda
Malaysia) berkata, pelan cadangan pemilikan oleh WTC Holding terus perhalusi
dan dibawa ke mesyuarat Kabinet padahal pelan oleh MAHB itu jauh lebih baik.
“Pelan Semula Generasi Subang lebih strategik kerana pada hari
ini di peringkat awal, LTSAAS sudah memiliki 4,000 pekerja berkualiti
tinggi di mana sampai satu tahap, ia dilihat sebagai hub aero angkasa.
“Malah dianggarkan menerusi pelan ini sebanyak 19,00 pekerjaan
terlibat secara langsung dan 70,000 secara tidak langsung yang menjadikan
LTSAAS sebahai hub aero angkasa.
“Namun dalam pelan WTC Holding, ia lebih kepada projek
pembangunan komersial seperti pusat membeli-belah dan hotel,” katanya.
Syed Saddiq memberitahu, dalam surat rayuan Khazanah itu juga
terdapat hujah yang menafikan MHAB tidak memiliki kewangan kukuh sejak
berlakunya pandemik Covid-19.
Sebaliknya tegas beliau, surat itu mendedahkan MAHB mempunyai
modal kewangan sebanyak RM1 bilion hasil pengumpulan dana sepanjang tempoh
pandemik.
“Ini menunjukkan LTSAAS adalah lapangan terbang yang memberi
keuntungan dan sebab itu tauke WTC ingin mengambil alihnya,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan WCT Holding, yang dikuasai taikun hartanah, Tan Sri Desmond Lim teklah mengemukakan kepada kerajaan kertas cadangan untuk mengambil alih LTSAAS dan kawasan sekitar untuk pembangunan komersial, termasuk pusat beli-belah, pejabat, dan tempat pameran membabitkan nilai RM3.7 bilion.