๐๐ฆ๐ฏ๐บ๐ข๐ต๐ข๐ข๐ฏ ๐๐ฆ๐ฅ๐ช๐ข
๐ด ๐๐๐น๐ฎ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
๐๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐๐๐ก ๐๐๐๐๐ง๐๐ก ๐ฃ๐๐๐จ๐๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐ ๐๐ก๐๐จ๐ก๐๐๐ก๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ก๐ฌ๐๐ ๐ฆ๐ฃ๐๐๐จ๐๐๐ฆ๐
Saya merujuk kepada kenyataan Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini susulan dari satu sidang media yang diadakan oleh sembilan Ahli Parlimen KEADILAN semalam.
Sementara saya mengalu-alukan pandangan AGC, kenyataan tersebut memberi pengesahan tidak langsung kepada perkara-perkara yang telah dibangkitkan:
1) bahawa terdapat kelewatan dalam proses pelantikan dan ada pencalonan dari Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) yang tidak dipertimbangkan atau tidak diambil tindakan;
2) bahawa mesyuarat JAC yang terkini dipanggil tanpa mematuhi notis 10 hari seperti kehendak pentadbiran;
3) bahawa tuduhan seorang hakim Mahkamah Persekutuan terlibat dalam mempengaruhi keputusan mahkamah dan penugasan semula hakim ada dibincangkan di dalam satu mesyuarat JAC.
Penjelasan-penjelasan yang diberikan di dalam kenyataan adalah pandangan AGC bahawa perkara-perkara (1), (2) dan (3) tidaklah serius sehingga boleh menjerumuskan institusi kehakiman ke kancah krisis; dan tidak boleh disamakan dengan skandal VK Lingam pada tahun 2007.
Inilah persoalan pokok yang saya dan rakan-rakan Ahli Parlimen KEADILAN timbulkan semalam.
Sementara saya sedia maklum peruntukan Perlembagaan Persekutuan bahawa tanggungjawab menasihati KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah kuasa YAB Perdana Menteri; dan kuasa JAC ialah mengemukakan senarai calon yang telah dipertimbangkan dan ditapis kepada YAB Perdana Menteri; keadaan bila mana ada kekosongan mendesak dari Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Persekutuan akibat ๐ธ๐ฒ๐น๐ฒ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฒ๐น๐ฎ๐ป๐๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป ๐บ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฎ๐๐ฎ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฌ๐๐ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ฑ๐ฎ๐ป๐ฎ ๐ ๐ฒ๐ป๐๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐๐ถ๐ฑ๐ฎ๐ธ ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐๐ฒ๐๐๐ท๐ ๐ฑ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ฐ๐ฎ๐น๐ผ๐ป-๐ฐ๐ฎ๐น๐ผ๐ป ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ฒ๐น๐ฎ๐ต ๐ฑ๐ถ๐ธ๐ฒ๐บ๐๐ธ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐๐.
Secara pentadbiran dan undang-undang, perkara ini boleh dijelaskan seperti mana kenyataan AGC.
Namun dari sudut pandangan umum, ia menguatkan spekulasi bahawa cabang eksekutif mahu mempengaruhi pelantikan hakim-hakim yang difikirkan lebih serasi dengan pandangan kerajaan.
Jika tanggungjawab YAB Perdana Menteri di bawah Perlembagaan adalah melindungi kebebasan, kredibiliti dan integriti badan kehakiman seperti kenyataan AGC, maka perkara-perkara yang boleh mengundang spekulasi seperti itu (cubaan mempengaruhi pelantikan hakim) perlulah dielakkan, kalau pun ia tidak melanggar tatacara prosedur.
Apatah lagi dalam keadaan sekarang, kenyataan AGC mengesahkan mesyuarat JAC memang membincangkan mengenai tuduhan cuba mempengaruhi keputusan kes oleh seorang hakim Mahkamah Persekutuan.
๐๐๐ธ๐ฎ๐ป๐น๐ฎ๐ต ๐๐ฒ๐บ๐ฝ๐ฎ๐ ๐ฎ๐๐ฎ๐ ๐ต๐ฎ๐ธ ๐๐๐ ๐๐ป๐๐๐ธ ๐บ๐ฒ๐ป๐ถ๐น๐ฎ๐ถ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐บ๐ฒ๐ป๐ฒ๐ป๐๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐บ๐ฎ ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐ถ๐๐ ๐๐ฎ๐๐ ๐ฑ๐ฎ๐ธ๐๐ฎ๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฟ๐ฎ-๐บ๐ฎ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ฎ๐๐ฎ๐ ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐๐ถ๐ณ๐ฎ๐ ๐๐ฝ๐ฒ๐ธ๐๐น๐ฎ๐๐ถ๐ณ ๐๐ฒ๐บ๐ฎ๐๐ฎ-๐บ๐ฎ๐๐ฎ. ๐๐๐ ๐๐ฒ๐ป๐ฑ๐ถ๐ฟ๐ถ ๐บ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐ธ๐๐ถ ๐ฏ๐ฎ๐ต๐ฎ๐๐ฎ ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐๐ถ๐บ๐ฏ๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ฎ๐น๐ฎ๐บ ๐บ๐ฒ๐๐๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ ๐๐๐ ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐น๐ฎ๐ต ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐๐ถ๐ณ๐ฎ๐ ๐ฟ๐ฎ๐ต๐๐ถ๐ฎ, ๐ท๐ฎ๐ฑ๐ถ ๐ฏ๐ฎ๐ด๐ฎ๐ถ๐บ๐ฎ๐ป๐ฎ ๐๐๐ ๐ฏ๐ผ๐น๐ฒ๐ต ๐บ๐ฒ๐บ๐ฏ๐๐ฎ๐ ๐ธ๐ฒ๐๐ถ๐บ๐ฝ๐๐น๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ฎ๐ธ๐๐ฎ๐ฎ๐ป-๐ฑ๐ฎ๐ธ๐๐ฎ๐ฎ๐ป ๐ถ๐๐ ๐๐ถ๐ฑ๐ฎ๐ธ ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐บ๐ฒ๐ฟ๐ถ๐?
Sebab itulah, saya mengesyorkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk menyiasat dan memutuskan mengenai dakwaan-dakwaan ini, kerana selagi ia tidak diselesaikan, ia akan mengundang kemarahan kepada pentadbiran YAB Perdana Menteri sendiri.
Integriti badan kehakiman bukan terletak semata-mata kepada susun atur dan perjalanan proses mengikut prosedur. Lebih penting, integriti badan kehakiman perlu diyakini oleh rakyat dan pemegang taruh, yang menilai perkara-perkara secara keseluruhan dalam konteks rentetan peristiwa yang berlaku.
Kenyataan yang dikeluarkan AGC hari ini mengesahkan bahawa kerajaan sendiri mengakui persoalan mengenai integriti badan kehakiman ini telah menjadi isu nasional.
Demi mempertahankan imej kerajaan, adalah lebih baik kerajaan mempertimbangkan saranan dari kami (ahli-ahli parlimen kerajaan) daripada terus menjadi sasaran kritikan pembangkang.
๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐
8 Julai 2025


































