Malaysia menjadi antara negara yang akan dikenakan tarif import sebanyak 25 peratus oleh Amerika Syarikat (AS).
Pengumuman terbaharu Presiden Donald Trump itu sekali gus menandakan permulaan fasa baharu dalam siri tindakan perdagangan terhadap beberapa negara rakan dagang utama Washington.
Trump menerusi kenyataan rasmi di platform Truth Social, mengumumkan, kadar tarif baharu itu akan berkuat kuasa mulai 1 Ogos.
Ia melibatkan barangan dari Malaysia, Jepun, Korea Selatan dan Kazakhstan dengan kadar berbeza dikenakan ke atas negara lain.
Kadar tetap 25 peratus yang dikenakan terhadap Malaysia itu sama seperti Jepun dan Korea Selatan dan Kazakhstan.
Kadar itu juga lebih tinggi daripada 24 peratus yang pada awalnya dikenakan ke atas beberapa eksport Malaysia ke Amerika Syarikat, yang kemudiannya digantung selama 90 hari.
Afrika Selatan pula dikenakan tarif sebanyak 30 peratus manakala Laos dan Myanmar mencatat kadar tertinggi sebanyak 40 peratus.
Amaran Trump turut diberi kepada mana-mana negara yang bertindak balas dengan menaikkan tarif terhadap produk dari negaranya.
Menurutnya, kadar tambahan akan dikenakan di atas tarif sedia ada – melebihi paras 25 peratus yang ditetapkan ketika ini.
“Jika mereka mengenakan tarif tambahan ke atas produk Amerika, kami akan naikkan tarif kami lebih tinggi. Kami tidak akan berdiam diri,” kata Trump.
Sebelum ini, Trump telah menetapkan had maksimum tarif sebanyak 10 peratus sehingga 9 Julai bagi memberi ruang kepada rundingan perdagangan.
Namun, dalam pengumuman terbaharu ini, tarikh akhir rundingan telah dilanjutkan kepada 1 Ogos, menerusi perintah eksekutif yang bakal ditandatangani beliau.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.