KALAU IKUT SEJARAH YANG SELALU KHIANAT MAKAN KAWAN ADALAH PAS.




Kalau ikut sejarah, yang selalu mengkhianat tu PAS. Yang buatkan PR berpecah tu PAS sebab tergilakan UMNO masa tu. Lepas cerai dengan PR, buat pulak Muafakat Nasional bersama UMNO.

Selepas Langkah Sheraton, bila Bersatu bagi offer baik punya, dia bercerai pulak dengan UMNO. Bukan UMNO yang runtuhkan MN tapi PAS yang tergilakan Bersatu sebab nak jawatan dan gaji.

Tiba-tiba dia kata UMNO yang makan kawan. Hebat dia spin. Guna mesin basuh jenama Zanussi ke tu? Aku bukan nak bela UMNO. Tapi nak betulkan fakta. PAS yang tak boleh dipercayai.

PAS ni jenis siapa boleh bagi dia jawatan atau gaji, dia ikut. Dia tak peduli kalau terpaksa tikam kawan sendiri. Yang penting tembolok dan poket dia. Siapa boleh bagi penuh, itulah kawan dia.

Entah suratan atau kebetulan, Gerakan pun sama macam PAS. Tinggalkan BN bila kalah teruk PRU. Memang jenis tak setia. Mungkin sebab tu PAS boleh bersama Gerakan. Guane boh?

Raja Gelap

 

No comments: