Negeri Sembilan dah. Kelantan dan Terengganu dah.
Hari ni, kita tengok report card Penang.
Setakat Jun 2023, katanya 92.4% janji Manifesto PRU14 telah
dipenuhi. Details nya saya tengok berkenaan dengan pembinaan lebuh raya dan
terowong dasar laut, kemajuan setempat, subsidi kebajikan rakyat.
Pengangkutan awam di Penang sama ada bas dan feri percuma. Bukan
saja untuk B40 tapi untuk semua.
Minggu lepas, ketika bertugas di sana, dapat la saya merasa.
Walaupun free, takde ramai yang naik bas. Walau masa tu waktu puncak. Saya naik
dari hotel di Gorgetown sampailah ke Perhentian Feri. Bersih dan selesa basnya.
Dari segi penjagaan bandar, bila saya berjalan kaki di simpang2
bandar, nampak jalan terjaga. Sampah hampir tiada.
Dan diceruk2 rumah kedai, setiap penjuru ada je surau atau
masjid kecil. Masjid Jamek ntah ada berapa di tengah bandar. Azan berkumandang
setiap waktu. Tak tahu la propa “Islam terancam” macam mana tu?
Saya juga suka fokus Penang terhadap pengukuhan agama Islam.
Kutipan Zakat antara tertinggi di Malaysia. Kerana orang Profesional yang jaga.
Exco Agamanya ada doctrate dan diangkat jadi Timbalan Ketua Menteri.
Pembinaan wakaf dan masjid bertambah dari tahun ke tahun.
Termasuk peruntukan Kerajaan Negeri untuk orang Islam.
Yang lain dari yang lain, di Penang ada KAFA Menengah, yang
ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri. Siap setiap Tahfiz yang hafal
Al-Quran dapat wang penghargaan. RM500.
Mereka juga tengah bina Universiti Kolej Islam Antarabangsa. Dan
perkasakan Islamic Digital Library.
Kena ingat, masyarakat Melayu di Penang 46%. Bukan Melayu 54%
Daripada segi ratio penduduk, kita boleh katalah Penang antara
negerj yang paling memberi untuk kemajuan penduduk Islam.
It’s helps, bila Penang ialah Top 2 Negeri termaju di Malaysia.
Jadi propaganda, Kerajaan Penang pinggirkan Islam tu, tak boleh
jalan dah.
Penang ni cuma satu saja, kehadiran “Emperor” yang tak habis-habis kacau CM yang buat kerja. Mentang-mentang CM nya jenis senyap saja. Tu akan buat GAP
menyampah. Maka berhati-hati lah.
My take, UG akan menang di Penang. Angan-angan PN 6-0 tu dalam mimpi
saja lah.
Salam hormat,
Liyana Marzuki