SIARAN LANGSUNG DEBAT EKONOMI. BALUN WALAUN SAMPAI SELOP.

 



Terima kasih kepada RTM dan Astro Awani yang akan menjadi rakan penganjur rasmi bagi Debat Ekonomi.


Antara proses demokrasi yang matang adalah rakyat dapat membanding bezakan rancangan dan visi mana-mana parti politik yang mahukan undi rakyat.


Kita akan jumpa pada 9 Ogos nanti.



1.SYAHIR SULAIMAN


Syahir Sulaiman (nama Mohd Syahir bin Che Sulaiman) merupakan seorang pengkaji ekonomi dan ahli politik di Malaysia dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau telah dipilih menjadi Setiausaha Politik[1] kepada Presiden PASDato' Seri Haji Abdul Hadi Awang bermula 2018.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau bersekolah peringkat menengah di Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh, Perak pada tahun 1996 hingga 2000 dan merupakan pelajar cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia. Pada tahun berikutnya, beliau melanjutkan pengajian di Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sehingga tahun 2002. Kemudian beliau menyambungkan pengajian Sarjana Muda Ekonomi di UIAM sehingga tahun 2006. Di UIAM, beliau telah bergraduasi dengan memperoleh Kepujian Kelas Pertama dan memperoleh pengiktirafan sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan (Kulliyyah Ekonomi)[2]Anugerah Rektor UIAM[3] dan Anugerah Khas Unvar Rahman[4].

Pada tahun 2013, beliau melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dan memperoleh Sarjana Pengajian Pembangunan dari Universiti Malaya pada 2017.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah menjadi pelatih di sebuah firma perakaunan yang beroperasi di Kuala LumpurPricewaterhouseCoopers (PwC). Sejurus graduasi, beliau memulakan kerjaya sebagai akauntan pengurusan di Shell Malaysia Exploration & Production (SMEP) yang beroperasi di Sarawak, Malaysia. Kemudian beliau berkhidmat di Sime Darby sebagai Eksekutif Kanan, Kewangan Korporat dan menjadi Pegawai Khas kepada Ketua Pegawai Operasi Kumpulan. Seterusnya, beliau diberikan tanggungjawab sebagai Penolong Naib Presiden, Pembangunan Perniagaan dan Perancangan Strategik di Sime Darby Property[5] sebelum menjadi Penolong Naib Presiden, Strategi Pembangunan (Malaysia Vision Valley) di syarikat sama.

Beliau melepaskan jawatan beliau di Sime Darby Property apabila dilantik menjadi Setiausaha Politik kepada Presiden PAS bermula Julai 2018 sehingga kini.



2. MOHD RAFIZI RAMLI


Mohd Rafizi bin Ramli (lahir 14 September 1977) adalah timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat terkini selepas memenangi Pemilihan Keadilan 2022. Sebelum ini beliau menjawat jawatan setiausaha agung, naib presiden dann juga pengarah strategi PKR lalu pernah menjadi Ahli Dewan Rakyat bagi kawasan parlimen Pandan, Selangor dari 2013 hingga 2018. Beliau juga menubuhkan syarikat pertubuhan bukan keuntungan Malaysia yang dinamakan Invoke Malaysia (INVOKE) pada 2016 yang berpusat di Sungai Besi. Tujuan pertubuhan ini adalah untuk kempen politik bagi mengkaji analisis politik dan statistik politik yang berada di Malaysia.

Latar belakang peribadi dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Rafizi Ramli dilahirkan pada 14 September 1977 di BesutTerengganu. Beliau mendapat pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar (1990–1994) sebelum melanjutkan pelajaran di University of Leeds, England (1996–1999).[1][2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Selepas belajar, Rafizi bekerja di firma Jeffreys Henry Chartered Accountants, London (1999 – 2003). Beliau diterima sebagai ahli Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW) pada 2003 dan Malaysian Institute of Accountants (MIA) pada 2003 apabila pulang ke Malaysia.

Rafizi bekerja di Petronas / MTBE Malaysia Sdn Bhd (2003 – 2005) dan menjadi Pengurus, Propane Dehydrogenation Plant.

Kerjaya beliau menapak ke Pengurus Kanan (Perancangan Perniagaan, Operasi dan Teknologi Urusniaga Petrokimia).

Semasa di Petronas Carigali Sdn Bhd (2007 – 2009), beliau menjadi Pengurus Kanan (Perakaunan, Belanjawan dan Percukaian Antarabangsa).

Pada 2009 beliau bertukar kerja ke Pharmaniaga Berhad sebagai pengurus besar, sebelum menjadi ketua eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor (2009 – 2012)[3]

Politik


No comments: