APA UNTUNGNYA BERBUAT DEMIKIAN?



Jika benar beliau ini salah seorang AJK Pemuda Amanah Nasional, saya rasa ianya keterlaluan di dalam mengungkapkan status di dlm FB beliau sedemikian.  Tiada masalah beliau menyanjung Mahathir sbg Legend, itu haknya dan kita pun tidak memaksa sesiapa untuk menyokong Anwar. 

Tiada juga masalah kalau dia mahu buat poster ucapan Hari Raya hanya dengan meletakkan logo partinya dan Bersatu "black out'.  Itu haknya juga.  Tetapi perlu apa mahu sentuh peribadi Anwar?  Anwar pernah sentuhkah mana2 pimpinan di dalam PH?  Marah sangatkah kita tidak boleh jadi kerajaan di bawah Mahathir sekali lagi?

Sebagai pemegang jawatan di peringkat Pusat, beliau sepatutnya tidak boleh berkelakuan seperti ini.  Ianya tidak membantu memperkuatkan Amanah jauh sekali mencemarkan imej Anwar. 

WFAUZDIN NS

Ahli Parlimen PN jamu selera RM10,000 sehari, dakwa MP Batu

Ahli Parlimen PN jamu selera RM10,000 sehari, dakwa MP Batu

DULU KATA TAK TAHU DUIT DARI MANA, SEKARANG UNTUK ANAK YATIM?

DASAR BARU PEKERJA ASING BUNUH EKONOMI?

DULU BUKANKAH TUAN IBRAHIM PERTIKAI RM2.6 BILION NAJIB?

KAITAN SOLAT DENGAN MEMBUNUH BUAT APA?

NEO REFORMIS, GELOMBANG BARU ANAK MUDA SARAWAK

KAJIAN SEGERA DIPERLUKAN UNTUK PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA



Meski pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) ditangguhkan hingga awal tahun depan, kerajaan mesti segera mengkaji pendekatannya untuk membantu masyarakat Bumiputera dengan menghapuskan dasar yang hanya memperkaya gerombolan elit dan para petinggi politik.
Di Parlimen hari ini, saya mendesak kerajaan untuk menyiasat dan mendedahkan bagaimana berbilion saham dan tanah Bumiputera telah hilang lantaran dari ketirisan dan bocor kepada individu-individu tertentu yang tidak bertanggungjawab.
Siapakah penerima saham Bumiputera selain yang diperuntukkan untuk badan-badan Bumiputera? Apakah kedudukan terkini tanah rizab Melayu yang telah dijual dan tidak diganti?
Walaupun inisiatif dan rancangan kerajaan untuk terus membantu Bumiputera memang disambut baik, rencana ini akan terus gagal jika ia tidak menyasar kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
Keistimewaan yang dimaksudkan untuk meningkatkan kesejahteraan ekonomi Bumiputera telah diperalat untuk hanya memperkayakan golongan elit dan terus melebarkan jurang pendapatan antara yang kaya dan yang miskin.
Kebijakan kerajaan untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera dan kumpulan minoriti lain dalam ekonomi dan industri hanya boleh dicapai dengan baik melalui pelaburan dalam peningkatan kapasiti, selain latihan kemahiran dan pendidikan.
Kerajaan harus menumpukan perhatian untuk merancakkan lapangan-lapangan utama ekonomi dan memberikan dukungan yang secukupnya kepada perusahaan kecil dan sederhana.
Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) mesti dikendalikan oleh tokoh-tokoh profesional yang berkelayakan dengan kepakaran dalam perniagaan sementara kedudukan pengurusan kanan tidak boleh ditentukan berdasarkan kecenderungan politik tetapi mesti atas asas merit yang jelas dan pencapaian masing-masing.
Dalam usaha RMK-12 membantu golongan yang benar-benar berkelayakan dan mereka yang terpinggir, saya menggesa kerajaan untuk segera menjalankan kajian yang bebas dan inklusif mengenai punca sebenar mengapa sebahagian besar kaum Bumiputera masih terus derita dan melarat meski diperuntukkan dana ekonomi dan pendidikan yang sangat besar kepada mereka untuk beberapa dasawarsa yang lalu.
ANWAR IBRAHIM
Presiden PKR

KENAPA KES ADIB NAK DITUKAR KE SEKSYEN LEBIH RINGAN



Masa jadi pembangkang, macam-macam tuduh PH dalam kes Adib. Akhirnya bila jadi kerajaan, nampaknya PN ni lagi teruk daripada PH....Dulu kata nak selesai dalam seminggu pun boleh.Sekarang..tukar terus seksyen dari kesalahan jenayah bunuh ke seksyen lebih ringan....aikkk...teruk jugak ya..


BUKTI KERJA BERBICARA

Entah dari mana bocor, tapi inilah WARISAN. Biar bukti kerja berbicara.

ANGKATLAH SAYA JADI PM


Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mengulang kenyataannya sebelum ini bahawa mesejnya tidak boleh dinafikan yang UMNO perlu bergerak ke hadapan.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu dipetik Astro Awani berkata, masih ada yang mahu bekas Perdana Menteri, Najib Razak kembali menerajui parti sebagai Presiden UMNO, walaupun beliau sudah didapati bersalah di mahkamah.
“Saya cakap benda yang menjadi rahsia terbuka sekarang ini. Masih ada yang berharap Najib kembali semula sebagai Presiden UMNO.
“Ini yang saya maksudkan. Mereka tak nak cakap benda ini, tapi saya terpaksa cakap.
“Bagi saya, kita perlu bergerak ke hadapan. Cari generasi baru untuk memimpin UMNO,” katanya.
Khairy atau lebih dikenali sebagai KJ berkata, beliau tidak berniat untuk biadap terhadap Najib dengan kenyataannya sebelum ini bahawa “UMNO perlu bergerak ke hadapan”.
“(Kita perlukan) yang boleh mengambil alih, yang boleh diberikan masa sekarang untuk membuat perancangan, untuk lima hingga sepuluh tahun akan datang. Itu maksud saya.
“Sekarang ini Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi masih lagi ada. Tak ada masalah sebab kes beliau masih dalam perbicaraan… tidak ada keputusan apa-apa lagi dari mahkamah.
“Tetapi kita mesti melihat selepas itu siapa?
“Siapakah barisan kepimpinan baru yang sebenarnya yang dikehendaki rakyat juga,” tegas KJ lagi.
Sukarkah memahami maksud kenyataan KJ ini?
Kenyataan ini KJ tidak lain bermaksud oleh kerana Najib sudah didapati bersalah dan Zahid Hamidi pula dalam perbicaraan yang mungkin juga akan didapati bersalah, maka UMNO perlukan pemimpin generasi baru sebagai pemimpinnya selepas itu.
Siapakah pemimpin generasi baru itu?
Yang KJ maksudkan generasi baru itu tidak lain tentunya ialah dirinya sendiri.
Kalau Zahid Hamidi didapati bersalah, Mohamad Hasan sebagai Timbalan Presiden UMNO sekarang adalah generasi lama dan tidak sesuai untuk mengambil alih kepimpinan UMNO.
Begitu juga dengan Naib-Naib Presiden UMNO yang ada sekarang, Ismail Sabri, Mahadzir Khalid dan Khaled Nordin juga merupakan generasi lama belaka.
Di antara generasi baru, selain KJ, mereka ialah Ahmad Maslan, Reezal Merican, Shamsul Anuar Nasarah, Asyraf Wajdi Dusuki dan lain-lain yang seangkatan dengannya.
Tetapi, oleh kerana pernah bertanding sebagai Presiden UMNO dalam pemilihan lalu, tentulah KJ merasakan dialah paling layak menerajui UMNO selepas ini.
Lalu – “angkatlah saya jadi Presiden UMNO” – itulah sebenarnya maksud KJ.
Takkan generasi lama UMNO masih tak faham-faham lagi? (Shahbudindotcom 05/08/2020)


Usah ragui kemampuan Anwar terajui pentas politik negara

Usah ragui kemampuan Anwar terajui pentas politik negara

Hilangnya Kewarasan Dalam Kepedulian ?


Rina Hamzah

Masyarakat dikejutkan dengan laporan berita di media massa mengenai seorang pensyarah di sebuah universiti awam dipercayai dibunuh oleh individu yang paling dekat dengannya baru-baru ini.

Wanita KEADILAN turut menzahirkan simpati dan takziah buat ahli keluarga yang ditinggalkan. Sememangnya berita ini mengejutkan banyak pihak dan perhatian serius harus diberikan oleh pihak berwajib dalam pembangunan institusi keluarga.

Namun, saya berasa amat kesal apabila seorang Timbalan Menteri yang sepatutnya melindungi wanita dan kanak-kanak telah dengan sewenangnya membuat dan memberi liputan media terhadap anak kepada si mangsa dan pelaku. Hal ini sama sekali bercanggah dengan Akta 676 iaitu Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 kerana kanak-kanak tersebut berpotensi untuk menjadi saksi di mahkamah nanti.

Sementelah, ini bukan kes biasa-biasa seperti kehilangan nyawa akibat kemalangan atau sakit. Ini boleh mengaibkan keluarga mangsa yang tinggal. Apakah wajar seorang Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak mengambil berat akan hal ini? Saya berharap dan menggesa siasatan terperinci di lakukan agar semua pihak boleh mengambil iktibar akan kelancangan tindakan tidak bertanggungjawab ini. Saya juga menyeru agar ruang privasi yang secukupnya di berikan kepada kanak-kanak ini yang masih di bangku sekolah. Tindakan mendedahkan identiti beliau juga boleh menganggu emosi dan keselamatan anak ini.

Akhir kata, bijaklah kita dalam melakukan tindakan dan pertimbangan. Kemasyhuran belum tentu melambangkan kecerdikan.

Sekian.

#AkuKeadilan
#KamiKeadilan
#WanitaKeadilanWilayahPersekutuan


TAK SAMA KUNJUNGAN FADZIL NOOR KEPADA ANWAR, HADI JUMPA NAJIB

TERUSKAN LAH KALAU DAH CUKUP ANGKA


Jabatan Netizen Negara

DARIPADA HARI-HARI HGPA DOK MENGUTUK DSAI DAN PKR TANPA HENTI....Lebih baik bertindak.

#PANTUK_K3...kalau dah hgpa tak suka PKR hgpa benci sgt dgn DSAI mudah jer. Kalau dah hgpa boleh dok berpakat sakan dgn Atuk dan Piee WARISAN, apa salahnya join shj WB- #WARISBebas...tinggalkan PKR dan DSAI biar PH terbubar. Baru hgpa puashati bukan?

Takkan la kot hgpa dok benci kutuk2 DSAI dan PKR tetiba hgpa nak kerjasama lagi dgn dia? Pelik bin pelik bin pelik bin pelik bin ajaib..🤣

Heran jugak aku, hari-hari kutuk DSAI hgpa nak apa? Kalau dah tak cukup numbers tak boleh jadi kerajaan la. Kalau tipis pun tak guna. Kalau hgpa berasa Atuk dan Piee Bdal ada numbers, jalan dulu la tanpa PKR. Apa susah?

Kami sanggup tunggu sampai PRU15. Apa ada hal? Kalau hgpa tak sanggup jadi pembangkang nak juga jadi KERAjaan, mudah jer. Pi join PN, dapatlah jawatan. Dah kelapaq sgt nak jadi KERAjaan, semua cara boleh bukan?

#ZD


SAYANG BINI DOK DALAM TAK PA


Rina Hamzah

Hampir setengah juta ringgit duit yang disonglap dari SRC dibelanjakan untuk "anak yatim" 😂😂😂

Usia dah 63 tahun masih lagi ANAK YATIM..??

Dissbkan Rosmah merajuk cuti beliau di Honolulu, Hawaii dipendekkan, Najib terpaksa beli jam tangan mewah RM466,330 untuk pujuk Rosmah..

Sayang bini punya pasal, meringkuk duduk dlm penjara sorang- sorang gak..

𝘚𝘶𝘮𝘣𝘦𝘳:
𝗝𝗮𝗺 𝘁𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗺𝗲𝘄𝗮𝗵 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗽𝘂𝗷𝘂𝗸 𝗥𝗼𝘀𝗺𝗮𝗵
https://www.hmetro.com.my/utama/2019/12/525243/jam-tangan-mewah-untuk-pujuk-rosmah

SR

PILIHLAH SAYA..


Shahbudin

Maksud kenyataan KJ ini mudah saja untuk difahami, oleh kerana Najib sudah didapati bersalah dan Zahid Hamidi pula bakal menyusul nasib yang sama, maka pilihlah saya jadi Presiden UMNO selepas ini.

Siapa lagi generasi baru yang dimaksudkannya?

Takkan Tok Mat Hasan, Ismail Sabri, Khaled Nordin, Mahadzir Khalid dan Hishammuddin generasi baru?

Mereka tu semuanya generasi lama!

Dalam hati KJ barangkali berbisik - “Sayalah satu-satunya generasi baru yang ketika ini paling layak dinobatkan sebagai Presiden UMNO”.

BEZA ANTARA USTAZ POLITIK DAN USTAZ SELEBTITI


HAMDAN TAHA

Saya berharap selepas ini tidak ada lagi program imam muda atau seangkatan dengannya.
Ada bukti bukti sahih ustaz ustaz ini tidak cukup kuat berdepan dengan populariti dan mereka tewas dengan ujian terhadap mereka.
Ada dua jenis ustaz yang tewas,ustaz politik dan ustaz yang di popularkan oleh TV atau jadi popular kerana di popularkan
Saya dan isteri terlibat dengan program ceramah agama selama 9 tahun. Tugas isteri ialah mencari ustaz dan ulama untuk program dan kelas kelas agama. Tidak bermaksud untuk mengaibkan mereka tetapi pengalaman 9 tahun itu membuktikan ustaz ustaz yang di popularkan oleh media ini melebihi 90 peratus mengejar bayaran yang tinggi bila di jemput,mereka sudah ada setiausaha dan team bekerja dengan mereka untuk mengatur jadual ceramah ini akan menyebabkan bayaran menjadi tidak berbaloi untuk berceramah satu jam sahaja....tapi ustaz yang tidak popular tapi popular di kalangan masyarakat kerana ilmunya amat berbeza...
Apabila kita sebut kenapa mahal sangat mereka akan sebut ini lah orang melayu dengan ustaz berkira tapi bila jemput artis tidak pulak kisah bayar mahal....ayat ayat ini sering kali di sebut...
Imam imam muda kebelakangan ini terjebak pula dengan krisis rumah tangga. Sebenarnya krisis rumah tangga ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tetapi jika melibatkan imam imam dan ustaz ustaz popular ini masyarakat akan teperanjat dan terkejut kerana mereka pendakwah. Malangnya krisis ini melibatkan perkahwinan yang ke dua kerana bermadu. Secara langsung bukan lagi tidak langsung nama ustaz ustaz di luar sana tercemar...ini tidak begitu baik buat orang berlatarkan pendidikan islam....
Ramai ustaz ustaz ni orang baik baik dan tak pernah terdedah dengan dunia yang betul betul mencabar. Bila popular mulalah ramai anak anak gadis dan janda janda muda suka pada mereka. Hari hari kena kejar di janda atau anak gadis....usahkan orang biasa....ustaz pun habis sahabat...
Bukti jelas ada ketua ulama satu negeri ni...dari parti islam...di goda oleh lelaki yang menyamar menjadi perempuan....habis...bukan setakat sereban tanggal....seluar dalam pun dia buka.....maknanya ujian di kejar oleh kaum hawa ni memang bahaya....
Alhamdulilah saya dah tak laku lagi....kot idak pun hanyut juga kot janda janda ajak kawin...