Hilangnya Kewarasan Dalam Kepedulian ?


Rina Hamzah

Masyarakat dikejutkan dengan laporan berita di media massa mengenai seorang pensyarah di sebuah universiti awam dipercayai dibunuh oleh individu yang paling dekat dengannya baru-baru ini.

Wanita KEADILAN turut menzahirkan simpati dan takziah buat ahli keluarga yang ditinggalkan. Sememangnya berita ini mengejutkan banyak pihak dan perhatian serius harus diberikan oleh pihak berwajib dalam pembangunan institusi keluarga.

Namun, saya berasa amat kesal apabila seorang Timbalan Menteri yang sepatutnya melindungi wanita dan kanak-kanak telah dengan sewenangnya membuat dan memberi liputan media terhadap anak kepada si mangsa dan pelaku. Hal ini sama sekali bercanggah dengan Akta 676 iaitu Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 kerana kanak-kanak tersebut berpotensi untuk menjadi saksi di mahkamah nanti.

Sementelah, ini bukan kes biasa-biasa seperti kehilangan nyawa akibat kemalangan atau sakit. Ini boleh mengaibkan keluarga mangsa yang tinggal. Apakah wajar seorang Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak mengambil berat akan hal ini? Saya berharap dan menggesa siasatan terperinci di lakukan agar semua pihak boleh mengambil iktibar akan kelancangan tindakan tidak bertanggungjawab ini. Saya juga menyeru agar ruang privasi yang secukupnya di berikan kepada kanak-kanak ini yang masih di bangku sekolah. Tindakan mendedahkan identiti beliau juga boleh menganggu emosi dan keselamatan anak ini.

Akhir kata, bijaklah kita dalam melakukan tindakan dan pertimbangan. Kemasyhuran belum tentu melambangkan kecerdikan.

Sekian.

#AkuKeadilan
#KamiKeadilan
#WanitaKeadilanWilayahPersekutuan


No comments: