Dulu kata tak tahu duit dari mana, sekarang untuk anak yatim?
FB Suararakyat
Bila pendakwaraya berjaya buktikan elemen jenayah salahguna kuasa dalam pertuduhan dan Najib dipanggil membela diri, Najib cuma defend dirinya dengan mengatakan SAYA TAK TAHU, JHO LOW TIPU SAYA.
Bila bicara dah selesai, sementara tunggu rayuan, Najib ubah taktik dengan mempermainkan emosi rakyat, kononnya DUIT SRC UNTUK ANAK YATIM.
Kenapa tak sebut benda ni semasa pembelaan?
– RM3.3 juta beli hadiah kepada isteri bekas PM Qatar
– RM466,330 beli hadiah kepada isteri, Rosmah Mansor
– RM543,530 belanja di butik mewah Chanel di Honolulu, Hawaii untuk Rosmah Mansor
Ohh.. sebab Najib tak boleh buktikan sebab duit SRC tu memang untuk kemewahan diri dan ‘kawan-kawan VVVIP nya’. Dengan mudahnya pendakwaraya akan buktikan pembohongan Najib.