PKR NEGERI ANJUR BENGKEL PENGURUSAN PUSAT KHIDMAT ADUN













PERMATANG PAUH- Satu bengkal pengurusan dan pemantapan untuk petugas-petugas pusat khidmat ADUN telah diadakan di banggunan Yayasan Aman pada 31 Januari baru-baru ini.

Majlis yang dianjurkan oleh badan latihan PKR dibawah pejabat PKR Negeri di pengerusikan oleh Tn Hj Idrus Ibrahim ini adalah bertujuan untuk memantapakan lagi khidmat-khidmat para YB-YB PKR di Pulau Pinang.

Dalam ucapan penutup yag disampaikan oleh Dato Zahrain selaku Pengerusi perhubungan negeri, beliau menegaskan bahawa kursus dan bengkel seperti ini adalah begitu penting dan bermakna kerana ianya membuktikan bahawa PKR bukan sahaja ingin memenangi kerusi tetapi memberi khidkat terbaik dan layanan terbaik kepada masyarakat.

Menurut Tn Hj Idrus selaku pengerusi majlis latihan PKR negeri, tujuan kursus ini diadakan ialah untuk mengadakan pasukan petugas parti yang mempunyai komitmen kearah mencapai matlamat dan visi parti berdasarkan deklarasi Permatang Pauh dan agenda reformasi.

Beliau juga menjelaskan bahawa dengan terbentuknya pasukan petugas ini , ianya memberi PKR peluang untuk menilai prastasi pusat-pusat khidmat dan jika adanya kekurangan dan masaalah ianya akan dapat diatasi dengan seberapa segera.

Ini memberi peluang kepada rakyat dan masyarakat di bawah ADUN agar dapat menilai dan melaporkan masaalah mereka dengan lebih cepat sama ada datang sendiri ,menelefon,fax atau email.Dengan cara ini semua ADUN PKR akan mendapat maklumat terkini sebarang bentuk aduan, permohonan atau bantuan yang di perlukan oleh rakyat.

No comments: