WALHASIL BALIK KE ASAL, ITU PASAL TAK HASIL


Bagaimanapun Anthony Loke berkata projek berkenaan telah diluluskan oleh Kerajaan BARISAN NASIONAL terdahulu secara rundingan terus dan surat setuju terima telah dikeluarkan pada 4 April 2018 kepada Syarikat Dhaya Maju LTAT dengan nilai RM5.26 bilion! Beliau berkata selepas PAKATAN HARAPAN mengambil alih Kerajaan, Kabinet memutuskan pada 19 September 2018 untuk membatalkan kontrak tersebut.



KESAN BERGANDA APABILA SEKOLAH DITUTUP


Namun beliau melihat untuk anak-anak kecil, yang masih belum boleh membaca, dan yang menunggu untuk menduduki ujian SPM, semuanya begitu kabur. “Pasti ada sesuatu yang boleh kita semua lakukan. Pasti ada usaha yang boleh kita gerakkan. Saya percaya jika kita semua berganding bahu, ada perkara bermanfaat yang akan berjaya kita hasilkan.



YB kong ka li kong?

 

YB kong ka li kong?

KENYATAAN NGOKSS DARI MENTERI PN

 RINA HAMZAH

Semalam MP kerajaan PN dari Perlis cakap Sabah sebenarnya lebih maju dari Selangor.

Harini pula MP kerajaan PN lagi dari Bintulu keluar kenyataan bodoh salahkan DG Noor Hisham takut mati kerana tak pergi ke Sabah.

NAK TANYA.. Kepala Kementerian Kesihatan saper !! Menteri atau Ketua Pengarah !!

Apa guna Menteri & 2 Timbalan Menteri Kesihatan dilantik. Makan gaji buta ka apa.

Semenjak PN rampas kuasa di Sabah, sampai skrg tak dilantik Exco Kesihatan di Sabah tu kenapa !!

#MuhyiddinOut


Image may contain: 1 person, text that says "SR wrarakyet rokyor "DGNOORHISHAM NOOR TAKUT MATI" Ahli Parlimen Bintulu yang juga Duta Khas PM ke China, Tiong King Sing kutuk kaw2 Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam parlimen"


MENTERI ALAM SEKITAR DIAM SAJA.....ASAL GAJI NAIK?

 

Menteri Alam Sekitar lebai Tuan Ibrahim peduli apa !!

Negeri sendiri pun balak banyak kena tebang sampai gondol bukit-bukit dan hutan di Kelantan ditarahnya..

Janji gaji Adun & Exco Kelantan naik lagi..

SEDAR ATAU TIDAK.. kenapa kebanyakan bajet-bajet kementerian yang tak menguntungkan kroni banyak yang dipotong ??!

Adakah bajet-bajet kementerian dipotong untuk menampung peruntukan untuk JASA dan NGO Penggerak Komuniti?

#MuhyiddinOut

#tolakbajet2020

SR

Image may contain: 1 person, text that says "PENGURUSAN ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM 10000 20000 30000 40000 50000 205,5 100 330 6,958, 100 000 2,210,000 500 020100 Alam Sekitar 195,491,600 141,123,000 52,102,000 825,000 440,000 1,600 20000 30000 92,357 400 23,037,500 111,693,500 88,976,500 22,137,000 210,000 Peruntukan bagi 'Pengurusan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim HARAPAN PERIKATAN NASIONAL RM205j RM195j Kebanyakan negara maju ambil berat soal penjagaan alam sekitar dan udara bersih, tapi.. SR KENAPA KERAJAAN POTONG PERUNTUKAN RM10 JUTA!!"




 

NAK BUAT TAJUK PANAS BIAR SERASI DENGAN FAKTA BUKAN AUTA


RINA HAMZAH


Kalau tak menipu bukan PAS namanya..

Image may contain: 1 person, text that says "Harakahdaily Harga minyak sawit tertinggi dalam sejarah -Dr Khairuddin November 2020 FAKTA: Harga minyak sawit tertinggi dalam sejarah pada tahun 2008 CRUDE MpOB /TONNE) Mar 04, 2008 RM4,179.50 79.50 SR saararakyat KUALA LUMPUR: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) memaklumkan prestasi harga minyak sawit mentah (MSM) pada hari ini mencecah jualan RM3, bagi satu tan. Dec01 Dec01,2008 DIA PUNYA 'CLAIM' GUNUNG PUN RUNTUH"

SR


AYAT MULA DIA RM3400



AYAT WARTAWAN NI PATUT FAHAM....DIA NAK BAGI TAHU HARI INI 600-7000


 

27 POSTING SEHINGGA KINI .

 


SILA TEKAN     >       UNTUK MEMBACA 

BERITA AWAL PAGI/ TERIMA KASIH 

KERANA MENYOKONG WRLR.


THE DEVOURED SAVIOUR: PAS PERLU KERJA KERAS SINGKIRKAN PARASIT PAN YANG  MASIH BERSARANG DALAM PARTI!!!!




POLITIK PARASIT PAS DAN KEBACULAN POLITIK UMNO

 

HAMDAN TAHA


No photo description available.

ADA LAGIKAH YANG NAK PAKAI KETAYAP INI?


Bila ahli ahli parlimen Pas jadi pengampu kepada kerajaan PN bukan lah luar biasa kerana mereka semua berjawatan...presiden mereka pula tu timbalan pengerusi 1 pada PN sudah tentu lah berhujah kena balun lah siapa pun yang tak sokong barget....

 

Menteri yang jaga hal ehwal parlimen pun orang dia juga.....cuma sedihnya ahli ahli parlimen Umno dan ketua ketua bahagian Umno seperti tidak faham bahawa BERSATU telah berjaya memusnahkan hubungan Pas dan Umno. Mufakat Nasional yang Umno banggakan itu sudah tidak bermakna pun...sudah tidak bernilai bagi Pas....

 

Pas sudah jelas bersama PN dan bukan sekadar bersama sahaja tetapi pegang jawatan besar dalam PN dan mereka telah buat keputusan mutamad antara Umno dan Bersatu mereka pilih bukan Umno tapi Bersatu. Apakah Umno jenis tak faham bahasa sehingga tidak tahu dan tak sedar diri bahawa mereka sudah tidak di perlukan lagi....

 

PN ialah satu gabungan berdaftar dan sudah ada lambang dan bendera sendiri. Bendera mereka telah di gunakan dalam pilihanraya Sabah. Bermakna PRU ke 15 nanti Pas akan turut sama guna lambang PN....jelas dah tu....jadi di mana BN dan Umno di mata Pas....tidak ada pun hati orang Pas ni pada Umno....kerana mengenali politik Hadi dan Pas mereka jenis menumpang pada yang kuat....ketika Tun M kuat di cenderung pada Tun M,bila satu ketika Anwar kuat dia ke arah situ,ketika DAP dapat membantu mereka di situ lah condongnya....sekarang kerana PM ialah dari Bersatu ke situ lah mereka bertengek....

 

Selepas ni mereka akan lantik pengerusi perhubungan negeri,sudah tentu di semenanjung pengerusi akan di pegang oleh Bersatu timbalan dari Pas jika negeri seperti Selangor,Perak,Johor,melaka,N9,tetapi negeri seperti Kelantan,Terengganu,Kedah akan di pegang oleh Pas...BERSATU jadi timbalan pengerusi....jika ini semua telah di ujudkan di mana kerjasama Umno dan Pas dalam Mufakat Nasional....dah tak ada la bro bro dalam Umno....tapi Umno macam takut bebenor nak jadi pembangkang sekejap.....takut benar untuk keluar dari kerajaan PN sebab semua dah ada jawatan belaka......

 

Di bahagian bahagian sekarang ini Pas dan Bersatu bergerak satu pasukan...Umno sudah di tinggalkan pun. Tambahan pula kawasan kawasan yang MP atau ADUN mereka ada BERSATU dan Pas.....

Mantap kerjasama mereka buat program....dan mereka sekarang telah berunding pun kerusi kerusi mana nak bertanding....Selangor sudah pasti Bersatu ambil banyak kerusi....Pas dapat lah sikit....kerana Azmin dan Zuraidah yang akan control sepenuhnya Selangor.....

 

Lebih baik Umno keluar je dan kita tetap kita BN tak perlu bagi kerusi dengan sesiapa pun....kita lawan tenggok....baru jantan....

 

Syarat Najib vs Syarat Puteri Gunung Ledang.


SHAMSUDDIN NAWAWI


Ada yang kata syarat Najib itu syarat ugut. Dan kalau kita pernah baca syarat Puteri Gunung Ledang itu syarat mitos. Hati kuman jambatan emas air mata anak dara setempayan bagai itu semua mitos saja. Kalau lebai ketayap pun boleh percaya, memang karut lah.

Adakah syarat Najib itu syarat ugut. Ada yg kata syarat itu boleh runding. Runding dalam pre-council pun boleh. Jumpa dan bincang dgn MoF pun boleh. Kalau boleh runding itu bukan ugut.

Saya pun cakap itu bukan ugut. Itu macam nyamuk masuk dalam kelambu saja. Tak perlu bakar kelambu, cari Ridsect Fumakila atau Shelltox, kasi spray satu round mati lah nyamuk tu.

Syarat 10k duit KWSP itu apa ugutnya? Kalau kerajaan luluskan bukan perlu buat bajet tambahan. Figure dlm bajet tak perlu tambah. Hanya bagi kelulusan, siapa yang ada simpan cukup 10k, nak keluar, keluarkan lah. Jgn lah jawab konon ada 64% penyimpan ada 1k saja dlm simpanan. Mereka itu tahu mereka tak boleh keluarkan 10k. Kalau simpanan ada 1k macam mana pula boleh lulus keluarkan 500 x 12 kali itu sudah jadi 6k?

Itu orang putih kata “you talkcock!” Cina cakap “apa lancau lu cakap!”

Syarat lanjut moratorium pun bukan kena ubah figure bajet. Itu pun bagi kelulusan saja. Bagi arahan pada bank dan lain2 institusi kewangan. Bank nak bagi secara automatic atau manual, kita pun tahu. Moratorium yg dulu itu pun bukan auto, kena tekan clutch baru masuk gear juga. Kena mengadap bank juga. Bank ni bunga riba mesti ada! Itu bukan bererti bulan jatuh ke riba. Soal jawab dgn bank memang siksa!

Ugut ke apa benda? Ugut apa lancau kata cina!

 

NAMPAK MENTERI PAS BANGGANG ???

 

FAEZUDDIN PUAD

Image may contain: 1 person, text that says "Chairman GLC @aizadfahmy Elok jugak sebenarnya PAS jadi menteri ni. Sekarang boleh nampak dah bangang masing-masing macam mana. Dulu depa menyorok tau mengumpat saja. Skang nah pekung penuh satu badan. Translate Tweet"



1. Setuju dengan ciapan hamba Allah ni. Sekarang ni entah apa la yang PAS perjuangkan untuk Islam bila dapat duduk dalam kerajaan.

2. Misalnya RUU355 entah ke mana, hudud entah ke mana, undang-undang haramkan penjualan arak entah ke mana, bela kematian arwah Adib entah ke mana, hukuman mati ke atas pemandu mabuk entah ke mana.

3. Sepanjang 8 bulan PAS memerintah, berapa kali dengar pemimpin PAS sebut perkataan RUU355? Usah kata nak laksanakan, sebut pun tak!

4. Sejak dua menjak ni pula ramai ilmuan Islam kritik kelemahan SOP berjemaah masjid/surau, tak nampak seorang pun ahli parlimen PAS bangun dalam dewan suarakan perkara ni.

5. Apabila rakyat atau ahli PAS persoalkan kenapa tak buat semua ni. Dimintanya kita sabar. Dulu masa PH perintah kenapa tak tahu bersabar?

6. Akhirnya apa yang dipekikkan PAS ketika PH menjadi kerajaan, tak mampu pun dilaksanakan hari ini.


SALAH SATU KEBANGGANGAN MP PAS

Image may contain: 1 person, text that says ""Tiada keperluan pengeluaran KWSP akaun 1 dan lanjutan moratorium" PETO FONC Ahmad Fadhli Shaari MP PAS Pasir Mas Semasa sesi perbahasan Rang Undang -Undang Perbekalan (Belanjawan] 2021"



7. Nampak gaya macam ahli PAS dah kena 'kencing' dengan pemimpin mereka. Lalu apa lagi nak diharapkan pada PAS untuk tegakkan Islam?

8. Tinggalkan saja PAS, PAS cuma sebuah parti politik, bukan agama. Tidak menjadi kafir kalau tinggalkan PAS.

Wallahualam.

 


MAHATHIR CUBA NAK HALANG ANWAR LAGI DALAM UCAPAN PERBAHASAN BELANJAWAN

 

Jika Belanjawan 2021 tidak lulus, negara akan hadapi satu lagi krisis politik - Tun Mahathir

Firdaus Azil
Jika Belanjawan 2021 tidak lulus, negara akan hadapi satu lagi krisis politik  - Tun Mahathir
Jika Belanjawan 2021 tidak diluluskan, ia akan membawa kepada peletakan jawatan Perdana Menteri, yang akhirnya akan menimbulkan satu lagi krisis politik, kata Dr Mahathir. - Gambar fail
BELANJAWAN TIDAK AKAN DILULUSKAN TANPA DUA SYARAT YANG DIMINTA PEMBANGKANG. KAMU HANYA ADA 4 SAHAJA AHLI PARLIMEN DAN SUARA KAMU TIDAK PERLU PUN DIENDAHKAN.
KUALA LUMPUR: Jika Belanjawan 2021 tidak diluluskan, ia akan membawa kepada peletakan jawatan Perdana Menteri, yang akhirnya akan menimbulkan satu lagi krisis politik, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.
Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, beliau secara amnya berpendapat ada keperluan untuk meluluskan belanjawan itu, namun perlu ada pindaan terhadap peruntukan tertentu bagi memastikan ia lebih menyeluruh, terutamanya dalam menangani COVID-19 dan mengukuhkan kembali ekonomi.
“Kita semua ingin luluskan bajet ini. Jika ianya tidak lulus, pada lazimnya Perdana Menteri perlu letak jawatan. Akan jadi pula satu krisis politik. Kerajaan pintu belakang ini akan diganti dengan Kerajaan tebuk atap, yang juga tidak stabil.
MEMANG KITA TELAH JALANI PILIHANRAYA..NAMUN KAMU KHIANATI MANDAT DAN KEPERCAYAAN RAKYAT YANG MAHUKAN KAMU BERHENTI SELAMA DUA TAHUN SAHAJA. NAMUN KERANA KETAMAKAN DAN TIDAK MAHUNYA KAMU MELIHAT ANWAR NAIK, KAMU KHIANATI MANDAT RAKYAT. KAMU MELIHAT BAHAWA ORANG LAIN TIDAK LAYAK MENJADI PM, SELAIN DARI KAMU.
“Kita telah ada pilihan raya yang menentukan Kerajaan pilihan rakyat didirikan. Setelah dipilih Kerajaan ini dijatuhkan dan Kerajaan oleh puak yang ditolak oleh rakyat mendirikan Kerajaan. Ini sebenarnya adalah satu penipuan walaupun tidak ada undang-undang yang melarang perbuatan ini. Ia menidakkan demokrasi,” katanya lagi.
KELEMAHAN KERAJAAN MEMANG NYATA, TETAPI IANYA BEPUNCA DARI KAMU LAGI APABILA KAMU TIDAK MAHU LAGI MENERIMA PANDANGAN ORANG LAIN DAN MAJIS PRESIDEN PH. KAMU MENGANGGAP BAHAWA PERJANJIAN DAN BUKU PH SEBAGAI BUKAN KITAB SUCI DAN KAMU TAHU IANYA ADALAH MENIFESTO RAKYAT, PERJANJIAN RAKYAT KEPADA RAKYAT. 
Berucap lanjut, Dr Mahathir berkata, tumpuan kepada mempertahan kedudukan yang lemah, hanya menjejaskan tumpuan kepada menangani masalah wabak, dan hasilnya ialah pembaziran masa dan wang untuk merebut kuasa, seperti mana beliau dakwa berlaku di Sabah.
“Jika dahulu kita sudah berjaya kurangkan wabak, sekarang kita dihadapi dengan second dan third wave dengan jangkitan lebih seribu sehari. Ramai yang maut yang sepatutnya berada sekarang.
“Masih ada yang ingin mengadakan PRU (Pilihan Raya Umum) supaya dapat rebut kuasa. Ingatlah berapa ramai pula yang akan mati kerana Kerajaan Perikatan Nasional (PN) ingin jatuh Kerajaan Sabah,” katanya lagi.
DASAR KEMAKMURAN BERSAMA ADALAH CIPTAAN KAMU BARANGKALI, MALAHAN KAMU TIDAK MENYATAKAN BAHAWA KAMU MAHUKAN MORATORIUM ATAU PENGELUARAN KWSP YANG AMAT DIPERLUKAN RAKYAT. BERMAKNA KAMU BERUCAP TANPA ADA PENDIRIAN YANG SEPATUTNYA KAMU NYATAKAN DENGAN JELAS....YA..KERANA KAMU HANYA PUNYA 4 KERUSI PARLIMEN SAHAJA
Dalam pada itu, Dr Mahathir meminta agar dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang dimulakan Pakatan Harapan, dapat dikembalikan semula dalam usaha mengurangkan jarak kekayaan ekonomi antara bandar dan luar bandar.
Beliau berkata, tidak patut dasar kemakmuran bersama itu ditolak semata-mata kerana ia adalah dari parti lawan.
“Kerajaan yang ditubuh bukanlah untuk orang parti-parti Kerajaan sahaja. Kerajaan kerap berkata ia adalah Kerajaan bagi semua rakyat. Oleh itu janganlah tolak cadangan parti lawan yang baik bagi semua rakyat kerana mengutamakan politik parti.
“Walaupun kita tidak perlu ketepikan Perlembagaan Negara, undang-undang dan aturan peraturan dengan mengisytihar darurat, tetapi dengan kuasa yang ada sekarang, kita masih boleh lakukan banyak tindakan
untuk membendung COVID-19 dan memulih ekonomi negara,” katanya lagi.
Mengakhiri perbahasannya, Dr Mahathir berkata, beliau dan Ahli-ahli Parlimen Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) hanya akan membuat keputusan untuk menyokong atau menolak Belanjawan 2021 berdasarkan langkah Kerajaan seterusnya.
Beliau berharap agar Kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan yang telah diberikan, dan sokongan mereka bergantung kepada tahap penerimaan Kerajaan terhadap cadangan itu.




MENTERI TAK KEBULUR JIKA POTONG GAJI 10%


Pertahan DG: Speaker hilang sabar, gantung Guan Eng 5 hari

 

Pertahan DG: Speaker hilang sabar, gantung Guan Eng 5 hari
Lim Guan Eng digantung kerana membela Ketua Pengarah Kesihatan dari dihina.

BIRO POLITIK PKR BINCANG GANGGUAN BEKALAN AIR


PH alu-alukan peluang berniaga di Kuala Lumpur namun pastikan ada SOP

 






Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan (WP) mengalu-alukan idea Menteri Wilayah Tan Sri Annuar Musa membenarkan rakyat yang kehilangan kerja akibat pandemik Covid 19 berniaga di kawasan sesuai buat sementara waktu.

Namun menurut kenyataan Ahli-ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, satu Prosedur Operasi Standard (SOP) perlu diwujudkan untuk menjamin kebersihan dan mengelakkan kesesakan lalu lintas apabila arahan itu berkuatkuasa pada 15 November ini.

"Kami mengalu-alukan semangat Menteri WP untuk bersikap mesra perniagaan dan menyediakan peluang perniagaan bagi mereka yang memerlukan terutama ketika waktu-waktu serba mencabar ketika kini.

"Walau bagaimanapun, Menteri WP mesti memastikan bahawa dasar baharu ini tidak disalahgunakan serta tidak menyumbang kepada masalah kebersihan dan kesesakan di bandar. Aspek keselamatan juga harus menjadi pertimbangan utama dalam pelaksanaan dasar ini.

"Pandemik ini juga telah memaksa penutupan lebih 30,000 PKS di seluruh negara. Untuk menjadi mesra perniagaan, Menteri WP harus mempermudahkan permohonan lesen bukan hanya untuk penjaja tetapi juga lain-lain perniagaan.

"Sudah 16 hari berlalu sejak kenyataan terakhir kami dan Menteri WP masih belum memanggil pertemuan dengan semua ahli Parlimen KL. Pertemuan ini sangat penting untuk perancangan dan perbelanjaan Belanjawan DBKL 2021, yang mana akan memberi kesan besar kepada kebajikan dan kesejahteraan warga KL," kata mereka dalam kenyataan bersama.

Kenyataan tersebut merujuk kepada arahan terbaharu Menteri Wilayah pada 10 November lalu yang menyebut, "Mulai Ahad 15 Nov ini, Kuala Lumpur akan menjadi 'wilayah bebas berniaga' …sesiapa yang ingin berniaga tidak kira sepenuh masa atau separuh masa boleh memilih tempat yang sesuai, misalnya depan rumah atau di tepi jalan kawasan perumahan."

Bagaimanapun, SOP masih belum dikeluarkan sebagai panduan kesesuaian kawasan, penjagaan kebersihan dan sebagainya.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai, Ahli Parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, Ahli Parlimen Wangsa Maju Dr Tan Yee Kew, Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng, Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil, Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Batu P. Prabakaran dan Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh.

 

Ahli Parlimen Bintulu perlu minta maaf kenyataan 'Pengarah Kesihatan takut mati'



Ahli Parlimen Bintulu Tiong Kang Sing didesak memohon maaf secara terbuka di atas kenyataan tidak bertanggungjawab menyifatkan Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham sebagai 'takut mati' dalam sesi perbahasan Parlimen semalam.

Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Akmal Nasir, kenyataan yang dikeluarkan oleh Kang Sing itu mengguris perasaan barisan hadapan yang selama ini bersabung nyawa dan bertungkus lumus memerangi wabak Covid 19.

"Saya menggesa satu permohonan maaf secara terbuka dibuat oleh Tiong Kang Sing bagi memperbetulkan kesilapannya, yang telah mengundang pelbagai reaksi serta kemarahan daripada orang ramai.

"Ketika perbahasan semalam, MP Bintulu telah mengeluarkan kenyataan tersebut atas alasan kerana Dr Noor Hisham tidak turun sendiri ke Sabah bagi menangani penularan Covid-19 yang terus mencatatkan bilangan kes yang tinggi.

"Umum mengetahui Dr Noor Hisham adalah watak utama yang bekerja keras, siang dan malam bersama para ‘frontliners’ bagi memastikan penularan wabak Covid-19 dapat dibendung dengan jayanya .

"Beliau telah mempamerkan etika kerja dan tahap profesionalisme yang sangat baik sepanjang berhadapan pandemik Covid-19 sejak bulan Mac lalu," kata Akmal dalam satu kenyataan.

Bagi Akmal, perkataan mempersoalkan Noor Hisham itu sepatutnya ditujukan kepada Menteri Kesihatan dan timbalannya dari parti pemerintah yang hampir tidak kelihatan melakukan lawatan kerja atau bercakap di media sejak bermulanya penularan wabak Covid di Malaysia.

"MP Bintulu seharusnya mempersoalkan apakah peranan yang dimainkan oleh Menteri Kesihatan dan dua Timbalan Menterinya yang mana setakat ini tidak menunjukkan sebarang gerak kerja dan sumbangan yang signifikan bagi membantu menangani pandemik Covid-19.

"MP Bintulu juga harus sedar bahawa penularan gelombang ketiga Covid-19 yang bermula dari Sabah adalah disebabkan kerakusan kerajaan Perikatan Nasional berpolitik sehingga menyebabkan Pilihan Raya Negeri terpaksa diadakan, seterusnya membawa kepada situasi yang sedang kita lihat pada hari ini," katanya.

Sehubungan itu, Akmal berharap Kang Sing segera membuat permohonan maaf dan mengambil pengajaran daripada kejadian tersebut.

Katanya, menangani pandemik Covid-19 adalah tanggungjawab bersama seluruh anggota masyarakat dan tidak wajar diletakkan kepada seseorang individu semata-mata.