TAK SANGKA OTAK HANG PUNYA KEMETOT. AJAQ ANAK ANAK ERTINP] PERJUANGAN DAN PEGANG SENJATA. AKAI TAK DAK.
31 Oktober 2023
16 Rabiul Akhir 1445H
Selaku Yang Dipertua YADIM, saya juga penasihat/penaung kepada beberapa kumpulan silat Melayu yang memastikan gelanggang pelbagai jenis silat dibuka di berapa lokasi termasuk sekolah.
Silat akan menjadikan anak-anak kita berdisplin, cergas, tangkas, fokus dan semakin kuat hubungan mereka dengan Pencipta, selain menanamkan sifat kesetiaan kepada Raja-Raja Melayu apabila mereka sentiasa bersiap siaga mempertahankan diri, keluarga serta negara.
Membawa senjata walaupun hanya mainan untuk menaikkan semangat murid-murid sekolah terhadap perjuangan Palestin adalah sangat tidak sesuai.
Memberi kefahaman terhadap kezaliman zionis yahudi memerlukan kemahiran dan latihan khusus.
Adalah wajar Kementerian Pendidikan membantu penceramah-penceramah mengenai isu Palestin di sekolah-sekolah untuk mempunyai latihan daripada NGO-NGO terlatih, berpengalaman dan profesional.
Jangan biarkan parti-parti politik yang tiada manhaj (kaedah) yang betul untuk berceramah di sekolah-sekolah. Tindakan tidak bijak ini akan mencemarkan imej Islam yang sebenarnya menganjurkan keamanan serta menolak kebencian sesama manusia.
Solidariti Palestin di sekolah-sekolah wajar diteruskan dengan pendekatan yang betul.
#MenJunjung30JuzukQuraan
#RahmatanLilAlamin
#RajaDijulangRakyatDitatang
#KhadamDuniaPersilatanMelayu
#MalaysiaMadani
HASANUDDIN MOHD YUNUS
Naib Presiden AMANAH
Mantan Ahli Parlimen
P101 Hulu Langat