Kita
semua perlu memikirkan langkah-langkah yang boleh kita ambil untuk mengurangkan
ketegangan global dan mewujudkan keamanan yang lebih berkekalan di dunia
By
Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.
Kebanyakan orang barangkali ada mendengar kenyataan oleh bekas
Presiden AS Donald Trump pada 30 Januari bahawa kita kini berada di ambang
Perang Dunia Ketiga.
Peristiwa
yang mencetuskan kenyataan Trump ini ialah serangan
dron ke atas pangkalan tentera Amerika, dikenali sebagai Tower 22, di sempadan
Jordan-Syria. Peristiwa ini mengakibatkan tiga askar AS terbunuh dan
mencederakan kira-kira 34 yang lain.
Sebagai
tindakan balas, AS telah
melakukan serangan ke atas 85 sasaran di Syria dan Iraq dan 36 sasaran
Houthi di 13 lokasi di Yaman.
Apabila
ditanya soalan beberapa minggu sebelum itu semasa kempennya di Iowa, Trump
menjawab: “Kita kini paling hampir dengannya (Perang Dunia Ketiga).”
Beliau
mengambil kesempatan untuk mengecam Presiden Joe Biden kerana ketidakcekapannya
dan kegagalannya untuk menghalang peristiwa yang membawa AS kepada keadaan
semasa.
Kenyataan
Trump mengenai perkara ini cukup mementingkan diri sendiri dan terlalu
semberono. Walau bagaimanapun, adalah benar yang hal ehwal global hari ini
telah mencapai detik bersejarah yang cukup menyukarkan.
Dalam
surat berita ini, saya ingin kembali kepada beberapa perkara yang saya
bangkitkan dalam penulisan di
Aliran pada Oktober lalu. Harap bersabar dengan saya, memandangkan
betapa pentingnya topik ini.
Support the struggle to build a Malaysia based on Justice,
Freedom, Solidarity:
·
Sign up for Aliran's free daily email
updates or weekly newsletters or both
·
Make a
one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
·
Make a regular pledge or periodic
auto-donation to Aliran
Tel:
04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com
Peperangan dan perlumbaan senjata tanpa henti
Dunia
sememangnya berada pada saat yang berbahaya.
Hanya
sedikit percikan untuk mencetuskan Perang Dunia Pertama: pembunuhan Archduke
Franz Ferdinand dari Empayar Austro-Hungary pada 28 Jun 1914 itulah yang
mencetuskan perang.
Bagi
Perang Dunia Kedua, ia boleh dikatakan mengambil masa yang lebih lama untuk
peristiwa-peristiwa ini kemudiannya merebak ke seluruh dunia: peperangan yang
dicetuskan oleh Adolf Hitler dari Jerman di Eropah dan kemasukan Jepun dalam
perang di Asia Timur. AS memasuki perang agak lewat, selepas pengeboman Jepun
di Pearl Habor pada 7 Disember 1941.
READ MORE: 'Blessed are the peacemakers'
Jadi,
serangan dron di Tower 22 (yang didakwa ada kaitan dengan Iran) adalah kejadian
yang tidak menyenangkan, tetapi ia tidak pula boleh disamakan dengan serangan
Pearl Habor.
Bagaimanapun,
apa yang terjadi adalah dek kerana peningkatan serangan hari ini di mana AS,
Rusia, Israel dan sekutu mereka kini terlibat.
Oktober
lalu, saya menyedari bahawa terdapat 110 konflik bersenjata yang sedang berlaku
di seluruh dunia. Apa yang telah mengekalkan apa yang kita fahami sebagai
keamanan hari ini, secara teori, adalah pencegahan nuklear berdasarkan doktrin
“mutually assured destruction” (MAD).
Tiada
kuasa nuklear mahu berperang dengan yang lain, yang akan saling membawa
kemusnahan bersama mereka. Inilah yang telah menghalang kita daripada
melakonkan semula ‘detik Oppenheimer’ yang menyaksikan penggunaan bom nuklear
pertama di Hiroshima dan Nagasaki pada tahun 1945.
Namun,
adakah keadaan di Abad ke-21 kini telah berubah sehinggakan doktrin MAD telah
menjadi hipotesis yang lemah? Perhatikan perkembangan berikutnya dalam beberapa
tahun kebelakangan ini.
Ya,
lihatlah bagaimana perlumbaan senjata nuklear telah meningkat ke tahap yang
berbahaya (rujuk peta di bawah):