Depa Boleh Pula!!!!



ABU MUSA



Bila Tajjassus Dan Pukalisma Jadi Makanan Ruji
Kasihan saya lihat YB Fahmi Fadzil di kecam left, right above and behind sebab dia rasmi Bengkel Penulisan Kaligrafi Tahun Baru Cina dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Penduduk Zon Lembah Pantai. Sebagai MP Lembah Pantai ( dan salah satu MP yang rajin berjumpa pengundi) sudah tentulah dia kena hadir dan rasmikan majlis yang dia di jemput; takkan sebab bengkel tu penulisan cina, dan isu jawi tengah hot, dia nak kena reject rasmi majlis tu? Ahli politik kena berani menongkah arus dan buat perubahan demi kebenaran.
Lepas itu, bila bengkel Penulisan Kaligrafi itu di sertai oleh pelbagai kaum, sudah tentu lah ia akan memupuk semangat perpaduan dan mengurangkan jurang prejudis. Kita banyak prejudis pada benda yang kita tidak tahu; dengan icerd perjudis, dengan vaksin prejudis; bila hidup dalam ketakutan semuanya akan jadi ancaman. Lepas tu bila gagal, cari komunis DAP jadi kambing hitam. Simple betul kamus kehidupan ultra melayu.
Yang paling saya hairan bila ada tok peti hairan boleh menulis "Jawi lawan. Kaligrafi cina sokong untuk semangat perpaduan. Hairan" Saya sudah lama berlepas diri dengan mutfi ini. Dari mula dia tajjasus menuduh orang sebagai rakus dan gelojoh, berdusta mengatakan BMF mencari redha Allah, hadir di perhimpunan ultra melayu; bayangkan kalau zaman nabi dahulu buat himpunan orang arab dan hanya bermualat dengan muslim, adakah islam boleh tersebar contohnya pada sahabat salman al-farisi ataupun bilal bin rabbah. Tapi kemuncaknya ialah bila dia menyamakan aqidah seorang muslim dengan aqidah lim kit siang; bagi saya sesiapa sahaja yang takfiri secara terang atau tersembunyi baik tuan guru atau pun mutfi; it's a loose cannon.
Tapi bila dia dah mula petik bab politik yang dia sendiri naif, saya terpaksa komen. Just to be clear beberapa hari lepas DSAI yang di tuduh rakus tu pun pertahankan penulisan jawi (Jawi khazanah kebangsaan, kata Anwar), of course kalau keluar dari mulut Anwar tak sama sebab tak keluar dari mulut DAP kan? LGE pun pernah kata "Guan Eng: Genius jika boleh belajar Jawi dengan 3 halaman". Yang bestnya tok peti langsung tak husnuzon, tak ada satu pun statement YB Fahmi ni halang jawi, jadi bila masa YB Fahmi lawan jawi?
Kiranya tok peti dok pukul rata statement orang lain lepas tu letak kesalahan tersebut atas YB Fahmi? Hebat betul ilmu tuan mufti, agak2 subject tabayyun tak di ajar ka waktu PHD kat universiti? ni mesti satu universiti dengan pakar hadis sebab pakar hadis pun boleh Tajjassus juga. Yang ironis PHD pengajian hadis (nak lawan bidaah dalam hadis) tapi dia pula jadi spokeperson untuk kempen bidaah buy muslim first yang Nabi tak pernah buat.
Dari dulu saya kata, nak kritik bab politik cabut jubah empuk mufti baru masuk gelanggang. Kalau nak menang kerusi parlimen kena dapat sokongan bukan sahaja dari melayu, cina dan india, satu undi siam perut hijau pun berharga kalau tok peti nak tahu. Awak sebagai asatizah patutnya mendamaikan jadi air yang memadam api perkauman, tapi awak boleh jadi minyak yang menambah maraknya api. Bila ada kelompok Asobbiyah Cina macam Dong Zong bawa minyak tanah yang lain awak boleh pula marah. Tapi lawan api dengan api yang akan terbakar siapa tok peti? Rakyat negara kita juga yang jadi mangsa bila ada racial incident.
Takkan bila orang lain incite racial hatred, kita pun kena balas benda yang sama? Takkan kita tak boleh ikut cara nabi bila baginda di caci maki oleh penduduk taif akibat mereka prejudis dan mendoakan kebaikan untuk mereka? "“Ya ALLAH! Engkau tunjukkan (jalan yang lurus) kepada kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui.” ?
Itu yang saya peliknya dengan sikap sesetengah asatizah, macam mana dia boleh pukalkan semua cina adalah dong zong dan dong zong adalah cina? Dalam setiap kaum semua ada pendesak macam ISMA dan PAS yang rasis dan assobiyyah, tapi kalau kata semua melayu setuju dengan Isma dan PAS adalah naif.
Malaysia baharu ni banyak sangat di derail oleh ahli politik jahat yang suka memecah belah kaum di tambah pula dengan asatizah yang menambah perisa. Jarang sekali kita dengar ahli politik yang menyeru pada perpaduan seperti mana yang di gazettekan oleh founding fathers kita yang kata bersekutu bertambah mutu. Ini semuanya berbarah berpuluh2 tahun dari zaman pecah perintah british lagi, tapi yang peliknya orang yang ada PHD pun tak reti baca "reform takes time" just like Rome wasn't built in a day.
You know what can be acomplished in one day though? Emperor Nero burning Rome, sama dengan apa yang tok peti tengah buat menyubur benih kebencian pada golongan ruwaibidhah.
Mukhlis Shariff