Di bawah undang2 semua orang ada hak untuk menyaman orang lain
kalau dia difitnah.
Namun, undang2 juga melindungi kebebasan bersuara rakyat bagi
menentang kemungkaran dan salah guna kuasa.
Makanya dalam undang2, mana-mana orang yang kena saman kononnya
memfitnah orang lain juga punya hak untuk membela diri. Ada dua pembelaaan yang
boleh diguna:
(1) pembelaan “fair comment” atau “pandangan adil”
- ini boleh dibuktikan dengan menunjukkan kenyataan yang
dikeluarkan adalah adil kerana ia dikeluarkan atas kepentingan awam
(2) pembelaan “justifikasi”
- ini boleh dibuktikan dengan menunjukkan kenyataan yang
dikeluarkan adalah benar belaka.
Ramai orang takut disaman kerana fitnah, makanya mereka
senyapkan diri daripada bersuara. Walhal, bawah undang2 hak kita dijaga.
*****************************************************
Dalam konteks kes Apandi Ali vs Lim Kit Siang, walaupun Apandi
Ali dakwa dia difitnah LKS dan tuntut pampasan RM10juta, Mahkamah semalam
memutuskan tiada kenyataan fitnah dibuat oleh Lim Kit Siang. Sampai Mahkamah
minta Apandi bayar LKS RM80ribu sebagai bayaran kos kes.
Ini adalah kerana Lim Kit Siang berjaya buktikan beliau ada
pembelaan yang sah dan kuat.
Dia punya justifikasi untuk bangkitkan peranan Apandi Ali
sebagai Peguam Negara menyucikan Najib Razak dalam kes 1MDB, kerana ia
berkepentingan awam.
Dan dah sahih2 kes SRC 1MDB dah diputuskan Mahkamah hinggakan
Najib Razak dihukum 12 tahun penjara.
Bukan hanya sekali didapati bersalah, tapi 3 hakim Mahkamah
Rayuan juga memutuskan sabitan dan hukuman yang sama.
Ni bukan cerita DAP vs UMNO atau Melayu vs Cina.
Ni cerita usaha mempersoalkan rompakan besar2an ke atas harta
negara. Harta yang sepatutnya disimpan untuk anak cucu cicit kita.
Yang sedihnya, yang dikatakan “kafir” yang beria melawan
Penyamun Tarbus, tapi para lebai sebuah parti agama menghalalkan pula
https://www.bharian.com.my/.../mohamed-apandi-gagal-saman...