PAS MP SHOWS THE BLACKNESS OF THE PEOPLE'S HEARTS, GRATEFUL FOR PAS' INS...



Pertikaian Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali yang mendakwa penurunan enam sen petrol RON95 sebagai tidak membantu rakyat, menggambarkan ceteknya pemahaman pemimpin Pas itu tentang pentadbiran negara. Pemerhati politik, Jamzuri Ardani berkata, apa yang sedang dilakukan kerajaan adalah membanteras ketirisan subsidi negara, tanpa menjejaskan kehidupan rakyat. Kata beliau, itulah kejayaan besar yang sepatutnya difahami kerana 99 peratus rakyat dapat menikmati petrol pada kadar yang lebih rendah di samping membanteras ketirisan subsidi. “Hakikatnya, 99% rakyat masih dapat menikmati harga petrol yang sedikit lebih murah berbanding sebelum ini, tetapi ketirisan berjumlah bilion ringgit dapat dihentikan. “Ketirisan subsidi akibat penggunaan oleh warga asing, ketirisan subsidi akibat penyeludupan, dan ketirisan subsidi akibat penggunaan berlebihan oleh golongan kaya dan mahakaya. “Inilah kejayaan besar kerajaan madani yang MP Kapar tidak mahu rakyat tahu. Lalu isu picisan yang diperbesarkan,” katanya dalam satu ulasan di Facebook. Pada masa sama beliau menyifatkan adalah rugi untuk negara mempunyai Ahli Parlimen yang berfikiran seperti pemimpin Pas tersebut. Terdahulu, Halimah mendakwa penurunan enam sen harga petrol menerusi inisiatif Budi Madani RON95 (BUDI95) sebagai kecil dan tidak memberi impak ketara kepada ekonomi rakyat. Dakwanya juga, langkah pengurangan harga minyak menerusi BUDI95 lebih bersifat kosmetik daripada dasar ekonomi yang menyeluruh. Ia juga dianggap tidak menyelesaikan isu pokok seperti ketirisan subsidi, ketergantungan import makanan atau kegagalan kerajaan mengawal kenaikan harga barang.







No comments: