Pas boleh menyatakan pendirian mereka dengan cara lebih berhemah sekiranya tidak mahu lagi bersama UMNO.
Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, cara itu lebih baik berbanding mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menyinggung hati dan perasaan pimpinan.
“Saya nak ingatkan Pas, tolonglah jaga sikit kenyataan, jangan keluar kenyataan ikut sedap sahaja.
“Kalau dah tak mahu bersama UMNO, cakap elok-elok, kita boleh berpisah secara baik dan bila pilihan raya nanti, bolehlah kita bersilat sesama kita,” katanya kepada pemberita pada Jumaat.
Menurutnya, pendirian dibuat Pas ketika ini yang akan terus mengukuhkan kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN) bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak ubah seperti mahu meninggalkan UMNO.
“Barangkali mereka lupa, penyatuan ummah dan agenda muafakat ini diasaskan bersama oleh UMNO dan Pas. Kita kalah dan bangkit bersama hingga membawa satu perubahan politik Melayu.
“Sekarang mereka sudah nak ‘menceraikan’ kita, mungkin dah dapat teman baru, yang lebih baik mungkin,” katanya.
Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak ditemui pada perasmian Balai Bomba dan Penyelamat Kampong Gajah