KHUTBAH PENDUSTA.
Jamzuri Ardani
Ini adalah teks khutbah Jumaat di salah sebuah negeri di negara kita. Dalam teks ini disebut perlu "Penyatuan Ummah Melayu Islam dalam politik supaya negara ini kekal dibawah pemerintahan Melayu-Islam". Teks khutbah ini juga menyebut bahawa kerajaan sebelum ini ditadbir oleh 'musuh Islam'.
Saya katakan khutbah Jumaat ini ditulis oleh seorang pembohong, penunggang agama, dan pelacur politik yang tidak bertanggungjawab. Khutbah Jumaat ini telah 'merogol' institusi agama Islam yang mulia dengan propaganda politik jahat dan dusta.
Telah lama saya katakan, puak-puak bigot yang bertopeng agama ini kalau terus dibiarkan boleh membawa ummah ini kembali ke zaman gelap Eropah purba di mana agamawan menginjak-injak hak dan minda rakyat dengan doktrin agama yang dusta penuh khurafat.