TAHLIL TAK SALAH...TAPI....

Pernah terjadi di sebuah kampung apabila berlakunya kematian, disebabkan keluarga tersebut menerima duit sumbangan yang banyak.

Maka ada seorang Lebai mendekati waris keluarga arwah tersebut dan berbisik kepadanya.

"Banyak dapat sumbangan, boleh la jemput ramai sikit kenduri malam nanti...."

Waris yang sedang berduka mengangguk tanda faham walau hakikatnya yang mati itu suaminya, sedangkan dia hanyalah suri rumah sepenuh masa. Terdapat 4 orang anak yang masih bersekolah. Si suami bekerja sebagai pemandu bas sekolah sahaja.

Selesai urusan kebumi jenazah, si balu kalut semacam meminta bantuan sanak saudara yang ada untuk membuat persiapan kenduri tahlil dan makan² yang akan dilakukan malam ini.

Di ambilnya wang yang terdapat di dalam bekas dari hasil sumbangan orang ramai lalu di arahkan adiknya keluar membeli bahan masakan dan yang lain pula membantu apa yang patut di dapur.

Selepas isyak jemputan hadir, membacakan tahlil. Selesai ia, mereka dihidang dengan sedikit juadah rakyat marhaen.

"Ayam masak merah..." Kata tetamu apabila melihat hidangan.

Sementara di dapur si balu kepenatan dia duduk termenung sambil berlinang air mata memikirkan sang suami di alam sana.

Sekejap pula imbasan terhadap arwah, fikirannya mula beralih arah menu juadah untuk esok malam. Si balu mula mengeluh dalam masa sama dia teringat bahawa cuti sekolah hampir berakhir. Persiapan untuk pembukaan sekolah belum dibeli.

"Manalah nak cari duit untuk baju sekolah dan yuran ...." Sambil matanya jauh merenung nasib diri dan anak-anak

Kisah Rakyat Marhaen..Tahlil tak salah, yang salah si jahil.

 

May be an illustration of text that says "TAHLIL NI KITA BUAT HARI PERTAMA. KEDUA DAN KETIGA DAN LAST SEKALI HARI KE SERATUS..."