Hari merdeka, komunis dan China
Dari hari sambutan Merdeka.. ada saja cerita pasal Negara China dan Komunis.. Samada menyentuh soal hubungan Diplomatik atau Ekonomi.. ? Hubungan Diplomatik dan Ekonomi itu perkara biasa bagi sesebuah Negara.. Cumanya itulah fitnah PAS dan UMNO dulu… Mainkan Sentimen Komunis… Sekarang Lihat balik apa yang mereka fitnahkan dulu…
1- BAJU KOMUNIS..
Sebenarnya baju dan pakaian seragam rasmi berwarna coklat muda itu bukan kali pertama diperagakan.. sejak zaman Najib lagi..Tapi bila Timbalan Menteri DAP Pakai..Dikata menghina Askar Diraja Melayu.. Kononnya, Itu pakaian Komunis.. Habis dihasutnya PAS dan UMNO pada orang Melayu…..
Akhirnya 31 Ogos 2020 Baru Baru ini..Berjemaah Menteri hatta Pemimpin PAS pakai Baju seragam yang depa dulu tuduh Komunis…
2- KOS ECRL NAIK RM 6 BILLION…
Baru baru ini satu Portal Berita pada 6 Sept dedahkan kemungkinan Kos ECRL akan bertambah kepada RM 6 Billion selepas Menteri MCA menukar kembali Laluan dan jajaran ECRL..
Dulu Kerajaan PH, Bersusah payah berunding dan menukar Jajaran untuk jimatkan Rm 20 Billion Kos ECRL, Salah satu sebabnya adalah Perangkap Hutang China..
Lebih Tinggi hutang..Lebih kuat kita diikat dengan Hutang atau Riba(Ah Long China).. Nampak tak, Kerajaan tebuk Atap ni depa bukan peduli Soal Hutang.. Depa hanya nampak peluang dari projek dan Duit didepan mata… Tambah si MCA yang cukup mengkagumi pemimpin Komunis China..
3- FIRMA CHINA BINA PROJEK BERSKALA BESAR DI JOHOR..
Tak cukup dengan Projek Forest City yang didedahkan Tun Mahathir dan orang ramai dengan Penyertaaan Kontraktor dan Pekerja China.. Pada 7 Sept Berita Harian melaporkan.. Firma China melebarkan Projek mereka Ke Wilayah Iskandar..
Dilaporkan skandar Waterfront Holdings (IWH) akan membangunkan projek hartanah berskala besar di tanah komersial seluas 60 hektar di Skudai, Johor dengan nilai pembangunan kasar (GDV) dianggarkan RM8 bilion.. Projek ini lebih menakutkan dari cerita tanah durian Musang King…
4- KEHADIRAN MENTERI PERTAHANAN CHINA DIRAHSIAKAN ?
Semalam sebahagian Portal Media mempertikaikan kenapa kehadiran Menteri Pertahanan China, Wei Fenghe ke negara ini bertemu Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak dilaporkan media tempatan..
Pelik kan.. satu Upacara dan peristiwa Besar, tetapi disorokkan dari media..Apa yang Cuba dirahsiakan..Apa yang cuba disembunyikan.. ? dengar cerita bukan hanya Menteri Pertahanan..Ada delegasi China juga turut serta…apakah selain isu Laut China Selatan, Apakah ada kakitan dengan 2 Projek diatas. Pertama ECRL.. kedua IWH ?
5- HUTANG AHLONG CHINA.. BELAJAR DARI SRI LANKA…
Hutang itu adalah Riba yang mengikat penghutangnya… Jadi kita kena belajar dari Sejarah bagaimana Sri Lanka terperangkap dengan hutang dengan China …Merekadiikat dengan hutang dalam pembagunan Pelabuhan dan Lapangan Terbangnya….
Soal ECRL, IWH atau Forest City bukan soal Projek itu berdaya maju atau tidak.. samaada Maju atau tidak China tetap Untung… Ingat COVID-19 itu sendiri adalah satu Scam Ekonomi.. China tak pernah kisah hutang itu boleh dibayar atau tidak… depa sama seperti Ahlong..Kerana tanah dan Projek itulah cagarannya sepertimana yang berlaku di Sri Lanka…Yang Lebih teruk suatu hari nanti Kedaulatan itu sendiri menjadi taruhan…
Nampaknya hari ini Kerajaan cukup lemah… Pelabur Asing berlumba keluar dari dalam Negara.. kita bakal menghadapi kemelesetan Ekonomi.. Kita akan berhadapan dengan hutang yang tinggi.. dah pasti Kerajaan hari ini terdesak untuk menerima Pelaburan dan Hutang… Akhirnya esok sapa yang jadi Mangsa… Hak dan Kedulatan Negara..
Masa tu takda lagi Alasan… Apakah mahu Salahkan DAP ?