KENYATAAN MEDIA
31 Mac 2021
Laporan terkait cubaan kerajaan Perikatan Nasional mahu
meluluskan belanjawan tambahan tanpa penelitian oleh Parlimen atas alasan
darurat semakin menyerlahkan motif sebenar mereka.
Pemerintah memberikan hujah bahawa Pengisytiharan Darurat hanya
bagi melawan dampak wabak. Namun, apa yang terserlah adalah ia digunakan untuk
menggugat masyarakat madani, menekan kebebasan bersuara dan menjarah kantung
negara.
Tidak ada sebarang sebab untuk pemerintah ini bertindak
sebegini. Belanjawan 2021 telah diluluskan kurang dari empat bulan dulu yang
telah memperuntukkan dana yang cukup bagi menghadapi COVID-19. Sebarang dana
tambahan akan diluluskan oleh Parlimen dengan majoriti yang jelas, dan
berkemungkinan akan mendapat dukungan kedua-dua belah pihak sekiranya ia
munasabah.
Saya menentang langkah ini. Saya merasakan ia cukup tidak
beretika dan tidak bertanggungjawab. Reputasi negara sangat memprihatinkan saat
ini, dan ia pasti akan terus menghakis keyakinan pada ekonomi kita.
Saya sekali lagi menggesa agar Parlimen mesti dibuka dan
Ahli-ahli Parlimen wajar dibenarkan menjalankan tanggungjawab mereka bagi
mengelak demokrasi negara ini terus diinjak.
ANWAR IBRAHIM