Semalam baca laporan akhbar berita harian menyebut, Aliran masuk dana asing bersih bagi bulan Mac yang berbaki tiga hari dagangan lagi mencatat RM185.5 juta manakala Bursa Malaysia menyaksikan aliran keluar dana asing bersih sebanyak RM1.5 bilion setakat Mac pada tahun ini.
Ini berbanding aliran masuk bersih bernilai RM7.6 bilion pada suku pertama 2020 (Q1 2020) zaman pemerintahan PH, ini kata Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim..
Nampak tak, Dalam keadaan PH menghadapi Covid-19 gelombang pertama di Wuhan sehingga Mac , Berlaku Perang dan ketegangan Perdagangan US-China, Laporan Pelaburan dan Ekonomi kita cukup baik.. Berlaku kemasukan aliran Dana Asing RM 7.6 Billion..
Maksudnya Jika Kerajaan PH itu kekal, Kita mungkin akan jadi destinasi Pelaburan Asing terbesar di Asia.. Malangnya dengan penubuhan Kerajaan tebuk Atap.. Ketidak setabilan Politik sebabkan Pelabur Lari dari Malaysia..
Kestabilan Politik inilah diimpikan Tun Mahathir menawarkan Kerajaan Perpaduan, tanpa diganggu gugat berita peralihan kuasa, Atau perebutan kuasa , sentimen perkauman bagi menarik Pelaburan… inilah mahu dilakukan Tun demi Negara.. Inilah juga dilakukan Jokowi di Indonesia, Bila seteru Politik mereka, Prabowo dan Andi Sandiaga Uno menyertai Kabinet Jokowi.. Hasilnya pelaburan masuk ke Indonesia melonjak, Indonesia berjaya meningkatkan Pelaburan Asing..Jelas terbukti..
Aku masih ingat ucapan dan perutusan Tun Mahathir pada 26 Febuari 2020.. Kita perlukan Kerajaan yang kuat dalam Menghadapi Covid-19 dan Kemelesetan Ekonomi.. tapi ramai dari kita terperangkap dengan kerja Jahat Najib , UMNO dan PAS kononnya PH sebuah Kerajaan yang Gagal..
Biarpun ketika itu pelaburan lemah, tetapi data Ekonomi ketika itu jauh lebih baik berbanding negara Asian lain seperti Indonesia dan Singapura Sendiri, trend yg sama dilihat seluruh Asia..Samada dalam menarik pelaburan Asing hatta pertumbuhan KDNK kita mengatasi jangkaan Penganalisis.. membandingkan Data tahun sebelumnya tanpa krisis tidak begitu tepat..
Kadang kadang aku marah bila orang PH sendiri masuk perangkap sentimen yg dibuat Penyangak, Pengkhianat Negara Najib Razak.. apalagi ditambah sentimen Perkauman PAS dan UMNO..Aku tak kisah lah ramai yang tak bersetuju dengan penulisan aku..aku cuma nak kata apa yg aku rasa benar.. aku berharap doa Almarhum Tg Nik Aziz kepada Pengkhianat Negara ini dimakbulkan Allah..
Sebenarnya setahun pemerintahan PN, hanya membuktikan.. dan Terbukti PH sebenarnya Kerajaan yang progresif dan jauh lebih baik biarpun menghadapi saat sukar Perang Dagang US-China juga wabak Covid-19.. 🙂
Ipohmali