Pulau Pinang dapat mandat rakyat sepenuhnya, tidak perlu PRN mengejut.

 


Pulau Pinang mungkin tidak perlukan Pilihan Raya Negeri (PRN) secara mengejut seperti mana negeri-negeri lain kerana mandat rakyat yang telah diberikan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang lalu adalah kukuh dan keputusan rakyat negeri itu amat dihormati.

Menurut Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow, Pulau Pinang tidak perlu mengadakan PRN mengejut kerana PRU ke-15 dijangka akan diadakan selepas pertengahan tahun ini.

“Kita akan terus memberi khidmat kepada rakyat setelah majoriti rakyat Pulau Pinang memberi sokongan penuh kepada Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli-Ahli Parlimen maupun Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan hingga kini.

“Kerajaan negeri sedia melaksanakan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2012 agar ianya selaras dengan undang-undang yang diputuskan di Parlimen.

“Selain itu, Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik (MoU) yang dimeterai antara Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan Pusat yang menyentuh tentang RUU Anti Lompat Parti dan Had Jawatan Perdana Menteri setakat dua penggal sahaja, harus segera dimuktamadkan, ” ujar beliau dalam satu majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Bukit Gelugor semalam.



No comments: