DIA HANYA MAHU MEMBAWA KAMU KEPADA SUATU KEHIDUPAN SELAMAT, TAPI KAMU SUDAH BERLEPAS TANGAN DAN BERPUTUS ASA

 

May be an image of 1 person and text that says "Allah is my witness. will not be silent. I will never surrender."



KAK IDA ABDULLAH

Selama lebih 5 dekad beliau mengorbankan dirinya kerana cintanya kepada tanah tumpah darahnya.
Sangat teringin dia melihat bumi bertuah ini dipayungi barakah dan rahmah. Hidup berkasih sayang dalam harmoni, hormat menghormati.
Lebih 5 dekad dari usianya diinfak kepada perjuangan menegak keadilan di bumi bertuah ini. Tidak ada pemimpin sepertinya selama 5 dekad berkorban, merela diri dipisah dari keluarga, melalui penjara, difitnah, dicerca.
Tiada yang mencintai negara sepertinya. Jika ada, muncul dan tunjukkan diri mu. Berdiri bersamanya memberi sokongan bukan menjauhi darinya. Tidak terbayang seorang yang telah menganiaya, memenjara dan mengejinya, diterimanya dengan lapang dada demi Malaysia.
Demi menyelamatkan Malaysia, beliau rela dinafi haknya, dikhianati, dihalang walau banyak yang beliau dapat menyumbang diusia berbaki.
Mereka yang sebayanya sibuk mengumpul kekayaan walau dari sumber haram, tapi dirinya masih berusaha mengangkat maruah negara walau usahanya dipersenda, dengan pelbagai tuduhan yang hina.
Sekiranya rakyat negara ini mempersiakan peluang-peluang mengangkat mutiara negara ini dan meletak ke tempat sepatutnya, maka tiadalah lagi harapan negara akan peroleh kesejahteraan dan kemakmuran, untuk jangka masa yang lama.
Jiwa kentalnya, namun beradab dan berakhlak tidak semborono dalam usahanya, tidak terlihat pada sosok lain, jika ada siapa? Beliau masih bertenaga, masih mahu berkorban segala tetapi tidak disambut sebulat suara kerana masih ada yang redha, petualang bangsa, agama, negara memberi kesenangan kepada kumpulan mereka.
Suara rakyat tidak cukup hingar dan menggegar. Malah dapat didiamkan saat dedak ditabur supaya kenyang sementara. Malang sungguh nasib mu wahai Malaysia.
Begini saya melihat DS Anwar Ibrahim dalam usaha menyelamat Malaysia sedangkan rakyat enggan berusaha bersungguh malah redha tenggelam dan lebih mudah menyalah takdir sahaja.